Wednesday 11 September 2013

Girl Or Boy??

Alhamdulillah.. Kiranya confirm lah ni.. preggy lagi :-). Syukur nikmat Tuhan. Kita minta rezeki dan Dia berikan. Tidak kira lah dalam apa jua bentuk. Sepanjang hari ini.. jalan-jalan di internet.. sambil cari rujukan, menyempat cari bahan untuk blog. dan study pasal shaklee. sambil tu fikir apa yg bakal saya tulis untuk blog shaklee saya.

Tadi jumpa Baby Gender Prediction Tool. Rasanya ramai yang guna ni.. kalendar cina. ketepatan 50-50. as for me, setakat ni 2 betul, 1 salah. yang satu tu dlm prediction katanya GIRL, tapi yang keluar.. BoboiBOY. sudah besar pun..

Ramai juga suggest, untuk anak yang keempat kena dapatkan girl. Uhuk uhuk. macamlah kita ni senang-senang plan :-). kalau semudah itu, jangankan yang keempat, sejak yang kedua saya dah plan untuk girl. Tapi rezeki kan. bukannya kita yang tentukan. Allah yang beri. So syukurlah. Apa mau bising-bising huhu.

Baby Girl??



Andainya baby girl.. kenalah berabis cari theme pink untuk sambut kelahiran baby :-). bilik pun kena hias dengan flower-flower gitu
--.--.--.--.--.
Kata orang, kalau mau baby girl, kena bersama sebelum ovulation day. dan yang ni sebab tidak ada dalam plan, Allah sudah bagi then, saya pun tidak pasti bilakah masa ianya terjadi. samada sebelum, semasa atau selepas hari subur. Sebab selama ini, selepas lebih setahun merancang dengan teliti secara semulajadi.. tiba-tiba rezeki datang. Tiada justifikasi khusus untuk menerangkannya. Cuma, antara teori yang muncul dalam fikiran, sebab saya makan suplemen, menyebabkan kitaran haid saya 'lari' dari jadual asal. Dan lagi, sebab husband saya sendiri amalkan pengambilan Zinc dan omega, maka dia makin subur wakakak. Mungkin.

Dan teori ini ada asasnya. Sebab antara khasiat Zinc Complex Daripada SHAKLEE adalah : 
  1. Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  7. Kelesuan kronik
  8. Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  10. Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  11. Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  12. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
  13. Rabun malam
 (credit to : http://vitaminsihat.com/wp/?p=225

Zinc sendiri adalah komponen penting dalam set kesuburan SHAKLEE. Dan lawannya.. mama kena lah ambik GLA :-)

Tuesday 16 July 2013

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya ini sudah di share oleh kebanyakan kawan di facebook. Anda juga mungkin pernah melihatnya. Dan saya ambil kesempatan untuk share tips ini d blog ni juga.. semoga kita semua mendapat manfaat.
----
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Tuesday 2 July 2013

My Idol - Professor Dr. Muhayah

Saya pernah dengar ceramah dan pengkisahan kisah Rasulullah SAW dari penulis novel Ketika Cinta Bertasbih ustaz Habiburrahman. Jika saya tulis kembali apa yang dia kisahkan.. memang tidak mampu. Tapi ada satu part dalam ceramah yang beliau sampaikan yang saya ingat sampai sekarang. Diakhirat kelak, kita akan berkumpul dengan orang-orang yang kita cinta. Jika kita cinta dan agungkan penyanyi, maka dengan dialah kita bersama diakhirat nanti. .. banyak contoh yang dia bagi sebenarnya. Dan dia juga cakap, jika mahu selamat, cintailah orang yang mampu menolong kita mencintai Rasulullah SAW. Bagaimana caranya. Selawat, dan ikut sunnah Baginda SAW.

Sebagai manusia yang selalu terpedaya dengan hawa nafsu dan syaitan yang direjam, begitu susah sebenarnya Istiqamah dan mempelajari apatah lagi mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Tapi bila saya mula mencintai orang yang berilmu, dan mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan oleh orang tersebut sedikit demi sedikit saya mula belajar tentang sunnah Rasulullah SAW.. mungkin belum mampu amalkan, tapi saya berharap, dengan meletakkan orang yang berilmu sebagai Idola, suatu hari nanti, saya akan bersama mereka di dalam zon Allah SWT.

Idola saya Prod Dr Muhaya. keh keh keh.. ayat skema tidak menahan. tapi memang benar. saya suka dengan profesor sorang ni atas banyak perkara. Sy mula mengenali Prof Dr. Muhaya secara tidak sengaja apabila menonton rancangan Serasi Bersama..  Saya tertarik dengan senyuman dan setiap patah bicara yang keluar daripada mulut prosefor tersebut. Penampilan sederhana tetapi setiap butir bicara diiringi dengan senyuman. Bagi saya dia mempunyai aura.. dan perkataan-perkataan positif yang keluar dari mulut dia sungguh mengkagumkan.

Seterusnya saya mula mencari.. siapakah beliau sebenarnya? Sehinggalah saya berjumpa dengan laman web Prof. Dr. Muhayah dan membaca biodata beliau. Wow.. ada sesuatu yang terdetik di benak saya.. saya bangga mengenali seorang yang berfikiran positif, menjaga akhlak sebagai seorang muslimah, mempunyai kerjaya professional sebagai Doktor Pakar Mata, menjadi motivator.. Subhanallah. Allah menunjukkan saya seorang idola yang sememangnya perfect untuk saya contohi. Info Profesor Dr. M
  • Memperoleh Fellowship dalam bidang Uveitis dari Hospital Mata Moorfields di United Kingdom pada 1998, manakala kelulusan PhD dari University of London dalam bidang Ocular Immunology.
  • Anak Malaysia terunggul pakar dalam bidang Uveitis. Beliaulah yang memulakan perkhidmatan Uveitis dan terapi immunosuppressive untuk penyakit mata autoimun di Malaysia. Kini, Prof. Muhaya dianggap sudut rujukan dalam bidang pengurusan penyakit uveitis sejak 1998. Beliau juga memberi latihan doktor pakar oftalmologi tempatan khususnya dalam bidang uveitis.
  • Pada 2005, Prof Muhaya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Khas Terunggul (Special Distinguished Service Award) oleh Akademi Opthomologi Asia Pacifik (APAO) sempena Kongres APAO ke-20 yang diadakan di Kuala Lumpur.
  • Kini beliau adalah Perunding Pakar Bedah Mata selain menyandang jawatan Ketua Pusat Mata dan Lasik di Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Pengerusi Persatuan Doktor Mata Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association Ophthalmological Society).
  • Selain oftalmologi, Prof Muhaya mempunyai minat yang mendalam dalam menyampaikan ceramah motivasi. Beliau sering diundang sebagai penceramah pada minggu orientasi di PCMC. Topik kegemaran beliau adalah Perwatakan Berkesan. Prof Muhaya juga sering diundang untuk berceramah kepada mahasiswa fakulti perubatan di UKM, IIUM dan USIM.
  • Wajah Prof Muhaya juga sering kelihatan di kaca televisyen berkongsi pengetahuan beliau dalam berbagai penyakit mata di saluran TV1, TV2 dan TV3. Selain itu, pada 2005 beliau menerbitkan bukunya dalam bahasa Inggeris bertajuk How to become a good and successful medical student.

Saya mula mendekati Doktor ini melalui setiap slot motivasi dan bual bicara beliau di ikim.fm dalam slot Aspirasi  (10.00 – 11.00 pagi), setiap hari Rabu.  Saya mula mengikuti fan page beliau di facebook (Prof. Dr. Muhaya). Dan saya ternanti-nanti slot motivasi pagi di TV 3 pada setiap 6.30 pagi sabtu. Tujuannya adalah tidak lain daripada mendengar setiap tutur kata yang penuh dengan kata-kata positif.
Dalam setiap ‘pertemuan’ di udara.. seringkali Doktor ini berpesan untuk berfikiran positif.. tidak hairanlah Piyan dan Siti menamakan hari rabu sebagai Hari Positif :-D.. Walaupun berulang-ulang tetapi tetap mesra dihati kerana seringkali contoh dan penyampaian beliau berbeza-beza. Subhanallah.. Allah menjadikan wanita itu hebat.


Setiap kali mendengar sesuatu daripada Dr. M, setiap kali itulah juga saya akan bersedia dengan pen dan kertas.. saya ingin garap, saya ingin kumpul, dan saya ingin olah menggunakan ayat saya sendiri, saya inigin terbitkan di blog saya TANPA mengubah mesej yang disampaikan oleh Dr. Muhaya.. agar setiap yang positif dari Dr. Muhaya dapat saya sebarkan di alam maya. Jika suatu hari nanti Dr. Muhaya menemukan cara ini adalah salah, mohon maafkan dan minta dibetulkan.. Niat dihati saya, semoga kata-kata yang sedikit boleh dikongsi kepada ramai orang. Jika saya tidak mampu menyusun dan menunjukkan kata-kata dan imej yang positif, biarlah saya membantu menyampaikan kepada yang lain. Manalah tau suatu hari nanti dengan sedikit garapan dan petikan daripada Dr. M yang ditemukan dalam blog ini akan memberikan kehidupan yang lebih bermakna kepada seseorang..

so tunggu kan nanti.. doakan saya ada kelapangan, agar saya boleh menulis lagi.

Assalamualaikum.


Thursday 20 June 2013

sekadar bicara tanpa tajuk

Saya pernah mengalami fasa-fasa yang kurang memberangsangkan dalam hidup. Segala-gala dalam kehidupan saya pada ketika itu adalah kelam. Airmata, jika saya tadah dalam tempoh kelam itu rasanya sudah cukup untuk memenuhkan aquarium. Pada ketika ini, jika saya menukilkan kembali, rasanya saya tidak mampu menceritakan detik itu, sebab saya telah lama menukarkannya kepada perkara yang seronok dan positif, serta telah menukarkan setiap watak dalam kisah itu kepada sesuatu yang biasa-biasa saja, amat baik, walaupun pada hakikatnya pada ketika itu mereka datang kepada saya dengan pelbagai misi negatif.

Syukur ya Allah. Ketika saya berada diputaran kehidupan paling bawah, orang-orang yang setia disamping saya adalah orang yang kuat pegangan agamanya, orang yang banyak ilmunya. Benar kata orang, orang yang berilmu bukan sahaja mampu menerangi diri, malah sesiapa yang berada disekeliling mereka juga turut terkesan dengan cahayanya. Dengan cahaya dan aura dari mereka yang setia bersama sayalah itulah saya kembali bertatih mencari jalan pulang, dan memulakan hidup saya dengan semangat yang kecil, tapi penuh keazaman untuk Berjaya. Alhamdulillah, 3 tahun telah berlalu, dan semangat yang mulanya kecil dan saya kumpul secara istiqamah dalam hati dan minda, akhirnya meledak. Ya, saya bersemangat pada ketika ini, detik ini. Untuk meneruskan hidup, sehingga mana Allah menakdirkan saya untuk terus bernafas. Dan apabila berada dalam fasa tenang seperti ini, saya mula berfikir, apa yang saya lalui suatu waktu dahulu, adalah jawapan yang Allah berikan ke atas doa-doa saya.

Benar. Saya pernah membaca.. dari kecil hingga dewasa, saya selalu disogokkan dengan pelbagai kata-kata hikmah. Antaranya, "Allah menurunkan hujan dan menghilangkan matahari seketika, agar selepas itu, pelangi akan muncul dan membawa keindahan dalam hidup kita". Itulah yang saya alami. Allah memberikan saya ujian, agar saya lebih bersedia untuk menongkah arus kehidupan yang keras tolakannya yang saya hadapi kini. Bukankah saya pernah dan berdoa, Ya Allah, berikanlah aku kesenangan. berikanlah aku kekuatan. Rupanya.. Allah bukanlah memberikan saya kekuatan dan kesenangan serta merta. DIA memberikan saya sesuatu untuk yang menguji diri agar saya belajar untuk kuat. Subhanallah. Maha suci Allah yang memberikan takdir yang indah, yang tidak pernah kita mampu bayangkan.

Berbalik kepada orang-orang yang berada dengan saya ketika saya dilambung gelombang. Eiks.. sebelum tu, sorylah kalau ayat terlebih skema dan tercampur aduk kata-kata puitis dan dramatis yang tidak kena tempat. Wakakak, mana boleh rock selalu. Nanti kurang feel kata orang2 muda. Orang2 tu, memberikan saya ilmu. Mengajar saya tentang hakikat diri, beragama, takdir dan macam-macam lagi. Benda basic yang tidak pernah saya pedulikan. Dan saya sedikit demi sedikit sedar, saya sebelum ini terlalu yakin, sehingga lupa, saya tetap khalifah yang hina, saya kepunyaan Allah, dan Dia berhak untuk memberikan saya apa saja. dan sesungguhnya benar, kita, manusia, hamba yang tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. Nangessss hati ini, mengenang kesombongan dan keangkuhan atas nikmat yang Dia pinjamkan. Ampunkan aku Tuhan. Taubat. ndak mau buat lagi... Dan lagi syukur, saya masih diberi peluang untuk bertaubat dan mencari ilmu.

Sekarang ni, bersepah orang share macam-macam difacebook. Adaa jak lah. Bagi saya, saya positif. Bukankah menyangka yang positif itu lebih baik? Tapi memang positif pun. Dalam banyak-banyak yang diorang share tu, banyak ilmu yang saya copy, n simpan dalam fail peribadi. Biarlah. Mungkin jika hari ini saya tidak mampu memanfaatkannya esok-esok mungkin anak cucu saya akan menjadikan itu semua panduan.

..esok sambung lagilah. Idea saya yang tadi banyak, tiba-tiba terbantut sebab saya update status facebook saya dengan isu Jerebu..



Saturday 15 June 2013

Doa Dari Hati


Bismillahhirrahmanirrahim.. dengan menyebut nama Allah yang Maha Berkuasa Ke Atas Alam Semesta, bahawa dengan susungguhnya luahan hati ini aku lakukan semata-mata kerana Allah, dan Dia jualah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, dan tiada satu pun yang berlaku diluar ilmu Mu
Ya Allah, aku tertekan dengan kehidupanku, semuanya stress dan tidak mampu ku urus, aku bimbang dengan rezeki ku, kerana banyak yang aku perolehi dengan cara duduk di pejabat pada setiap waktu, dan ada diantara amanah yang tidak ku lakukan, dan sesungguhnya terlalu banyak peralatan dan masa pejabat yang aku lakukan untuk kepentingan diriku sendiri,
Kerana itu Ya Allah, Aku mohon dan meminta kepadaMu, dengan segenap permohonan dan seikhlas hatiku, tunjukkanlah aku pekerjaan dan mata pencarian yang boleh membantu ekonomi rumahtanggaku, yang bersesuaian dengan bakatku, yang menghindarkan aku daripada melakukan perkara-perkara dosa termasuklah lalai, pecah amanah dan mendapat rezeki yang haram dan tiada berkat. Kurniakanlah aku rezeki yang tiada putusnya, dengan limpahan yang penuh barakah, agar aku dapat membesarkan mental fizikal emosional dan spiritual anak-anakku dengan rezeki yang halal,
Ya Allah.. aku memohon punca pendapatan yang memberikan aku masa mendidik dan menjaga anak-anakku tanpa tekanan dan penderaan emosi, aku merayu punca pendapatan yang membolehkan aku berbakti dan membantu golongan orang-orang yang tidak berkemampuan, tunjukkanlah aku punca pendapatan yang mendekatkan aku kepadaMu, dan memberi aku masa untuk belajar dan menimba ilmu agama, serta menjauhkan aku daripada stress melampau yang menjejaskan hubunganku dengan anak-anakku, suami ku dan masyarakat di sekelilingku.
Ya Allah ya Tuhanku, kepadaMu aku mengharap, bantulah aku dan ahli keluarga ku terutamanya suamiku untuk keluar dari lingkungan dosa-dosa riba, bantu kami melunaskan hutang piutang, dan permudahkanlah ianya kepada kami.
Ya Allah.. tiada Tuhan melainkan Engkau, yang memegang ubun-ubun setiap hambaMu di muka bumi ini, kepada Mu aku mengharap, kepadaMu aku mohon pertolongan. Berikan aku jiwa dan minat yang mendalam serta usaha yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan apa jua pekerjaan dan usaha yang Engkau takdirkan buatku, permudahkanlah ianya bagiku dan limpahkan keredhaan Mu kepadaku  dan ahli keluargaku di dalamnya.. hilangkan lah dukacita dan stress dalam setiap perkara yang telah engkau tentukan buatku, dan jauhkan lah aku dari sifat orang-orang yang kikir, malas, zalim, ujub, riak dan melampaui batas erta sifat-sifat mazmumah yang lain.
Amin ya Rabbil Alamin