Sunday 8 June 2014

Minggu-minggu terakhir yang sibuk

Jumaat ni usia kandungan akan genap 39 minggu. Alangkah tidak sabarnya.. menanti kehadiran seorang puteri.. melihat 'pinky matters' yg sudah disediakan awal untuk baby girl sahaja sudah buatkan diri teruja.
Diminggu-minggu akhir ini pula bermacam dugaan yg tidak pernah dijangka. Kerja office semakin banyak.. tapi hairan, dalam kata sibuk, kenapa ada yang bebas "hilang" dari office ketika bukan masa rehat? Huhu.. x apalah. Bahagian masing-masing.
Cuma kurang adil lah bagi saya.
Tarik nafas.. n hembus. Bisikkan pada diri.. sabar. Tiba masa kau cuti, nikmati percutian sepuasnya :-)..
Tidak usah mencari cari kesalahan mereka dan keluarga mereka. Cuba cari lompong2 negatif dalam diri sendiri. Kenalpasti lompong itew.. dan gantikan dengan suatu yg positif.
Kan begitu banyak sesi motivasi yg dianjurkn sekarang.. samada oleh golongan alim ulama mahupun organisasi yg bersifat kapitalis menekankan pemikiran yang positif. Hanya dengan berfikir positif akan membawa kepada tindakan yang positif.
Tindakan positif akan mengundang pelbagai perkara positif ke dalam diri dan hidup kita.
Ok. Abaikan pasal kesibukan d pejabat.
Sebab sebenarnya dalam kata sibuk.. saya masih ada masa memanjakan diri bersama hobi saya.. menjahit hihi.
Walaupun jahitan kurang sempurna, namun syukur Alhamdullah kerana saya tidak perlu peruntukkan banyak RM membeli set cadar baby yang baru. Beli kain, n jahit. Maka jadilah set yg comel ini.
Puas hati. Terbayang bayang baby comel tidut lena atas bedsheet ni. Pink gitu.
Huhu.. kawan cakap, boleh ambik tempahan lepas ni hihi.
Insyaallah, akan dipertimbangkan.


Carilah Berkat (Apabila kekayaan tidak mampu mendamaikan jiwa)



Apabila kekayaan tidak mendamaikan.

Punya wang yang boleh membeli apa saja.

Wajah cantik.

Ada keluarga yang bahagia.

Pun masih bersungguh-sungguh menjatuhkan seseorang dengan penipuan demi penipuan. Mengapi-apikan dua jiwa yang dulunya bersaudara. Mencipta fitnah dengan perancangan yang rapi.

Dan berjaya menanam kebencian dihati-hati orang yang dulunya tidak membenci.

Astaghfirullahalazim.

Bukan kita yang menilai berkat atau tidaknya kekayaan seseorang. Tapi kita mampu menilai, jika sudah punya segalanya dan masih juga melakukan pelbagai perkara negatif, sungguh terbukti kekayaan yang kita ada tidak mampu mendamaikan jiwa. Jiwa yang berkecamuk, diamuk api keresahan dan kebencian, jauh dari berkat.

Muhasabah diri. Adakah kita sudah cukup dengan amalan yang wajib ke atas kita? Adakah kita sudah menutup aurat dengan sebenar-benarnya?  Adakah kita sudah cukup dengan ilmu yang asas tentang syariat islam?

Memberi sahaja tanpa melakukan solat 5 wajib, pincanglah segala pemberian dan sedekah kita. Kerana ustaz pernah mendidik kita, amalan pertama yang dinilai ketika kita bertemu denganNya adalah solat 5 waktu. Bagaimana mungkin kita persembahkan amalan-amalan lain andai amalan pertama sahaja kita sudah gagal?

Didik hati kita dengan puasa. Puasa ikhlas tentu sahaja menutup segala pintu maksiat. Sia-sia bukan jika sepanjang hari kita menahan lapar, namun kita akhiri dengan dosa memutuskan persaudaraan? Apa nilai puasa kita jika kita melakukan dosa besar yang tidak ada ampun Allah ke atasnya.

Bersyukurlah teman.. padamkan segala kesombongan kita dengan syukur. Diluar masih ramai yang diuji oleh Allah SWT dengan kemiskinan. Masih ramai yang hidup menumpang, atau terpaksa menyewa rumah yang sempit untuk mendapat perlindungan dari panas mentari, sejuknya kabus malam. Ada beribu manusia lain yang tiap pagi terpaksa bersesak-sesak berbaris menunggu bas atau apa-apa kenderaan awam untuk pergi ke tempat yang dituju. Bersyukurlah, dan hilangkan segala keangkuhan dalam hati.

Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik menjelang Ramadhan ini..

Semoga kita semua mendapat harta dan hidup yang berkat.

Semoga kita semua kaya dan bakal kaya dengan harta; juga kaya dengan kedamaian dan ketenangan.


Thursday 3 April 2014

Pregnancy.. 36 Minggu

Assalamualaikum semua :-)
Selamat pagi. Semoga apa juga urusan dan pekerjaan kita pada hari ini semuanya dalam redha Allah SWT.

Seperti biasanya, tulisan ini sekadar coretan biasa. tiada fakta, tiada kajian dan tiada kupasan isu-isu negara. 

Alhamdulillah 36 minggu mengandung. Semakin hampir kepada saat yang dinanti. Terasa kekok pula membuat persediaan bersalin selepas 4 tahun tidak menempuhinya. Terpaksa google sekali lagi, cek apa-apa persediaan yang belum dibuat. So far, beg hospital sudah disediakan. Kali ni, beg hospital simple jak.. tidak lah seperti dulu, habis dipunggah 1 almari haha. Excited sangat katakan. N Kali ni walaupun teruja menyambut baby girl selepas lamaaa mengharap kehadirannya, tapi key word yang paling utama adalah, berjimat. Tidak perlulah macam dulu, segala beg segala peralatan baby beli yang mahal. sedangkan, hakikat sebenar, ketika anak membesar dan sudah memasuki Taska, ketika itulah mereka memerlukan perbelanjaan yang lebih. Dalam beg hospital, hanya ada benda2 ni :


  • Diapers
  • 2 pasang baju baby
  • Blanket
  • Minyak telon
  • Towel
Untuk saya pula,
  • Kain batik (orang lain lebih selesa pakai skirt, tapi memandangkan saya ni tipikal kampung girl, maka saya lebih selesa pakai batik)
  • Tshirt
  • Towel
  • Tuala wanita
  • Minyak herbanika nona roguy
  • dan toiletries
Nanti.. akan bertambah satu lagi beg untuk isi termos, ESP n other supplemen, biskut, bread, n segala macam makanan yang perlu termasuk kurma n kismis. Yang ni wajib untuk memulihkan kembali tenaga selepas bersalin.

Untuk husbn, sudah pesan awal-awal, tidak perlu susahkan diri masak segala macam makanan untuk bawa ke hospital. beli jak bubur McD. Oklah.. walaupun mungkin tidak sesuai bagi orang lain, tapi niat saya, untuk tidak menyusahkan husbn. Apatah lagi, dia kena juga jaga 3 lagi hero malaya di rumah sepanjang saya berada di hospital.

Husbn dah juga buat 'latih amal' menguburkan tembuni. Haha.. klu sebelum ni minta tolong orang lain, kali ni, biarlah kami buat semuanya. Tidak perlu menyusahkan siapa-siapa. lagi bahagia.

Insyaallah, minggu depan saya akan upload gambar2 my baby bedding set. jahit sendirik. Sebabnya, puaslah mencari merata-rata, tiada warna pink yang menarik hati. So, cara paling mudah dan murah, beli kain dan jahit. Walaupun mungkin hasilnya tidak sekemas yang dijual, tapi puas hati :-)


Wednesday 11 September 2013

Girl Or Boy??

Alhamdulillah.. Kiranya confirm lah ni.. preggy lagi :-). Syukur nikmat Tuhan. Kita minta rezeki dan Dia berikan. Tidak kira lah dalam apa jua bentuk. Sepanjang hari ini.. jalan-jalan di internet.. sambil cari rujukan, menyempat cari bahan untuk blog. dan study pasal shaklee. sambil tu fikir apa yg bakal saya tulis untuk blog shaklee saya.

Tadi jumpa Baby Gender Prediction Tool. Rasanya ramai yang guna ni.. kalendar cina. ketepatan 50-50. as for me, setakat ni 2 betul, 1 salah. yang satu tu dlm prediction katanya GIRL, tapi yang keluar.. BoboiBOY. sudah besar pun..

Ramai juga suggest, untuk anak yang keempat kena dapatkan girl. Uhuk uhuk. macamlah kita ni senang-senang plan :-). kalau semudah itu, jangankan yang keempat, sejak yang kedua saya dah plan untuk girl. Tapi rezeki kan. bukannya kita yang tentukan. Allah yang beri. So syukurlah. Apa mau bising-bising huhu.

Baby Girl??



Andainya baby girl.. kenalah berabis cari theme pink untuk sambut kelahiran baby :-). bilik pun kena hias dengan flower-flower gitu
--.--.--.--.--.
Kata orang, kalau mau baby girl, kena bersama sebelum ovulation day. dan yang ni sebab tidak ada dalam plan, Allah sudah bagi then, saya pun tidak pasti bilakah masa ianya terjadi. samada sebelum, semasa atau selepas hari subur. Sebab selama ini, selepas lebih setahun merancang dengan teliti secara semulajadi.. tiba-tiba rezeki datang. Tiada justifikasi khusus untuk menerangkannya. Cuma, antara teori yang muncul dalam fikiran, sebab saya makan suplemen, menyebabkan kitaran haid saya 'lari' dari jadual asal. Dan lagi, sebab husband saya sendiri amalkan pengambilan Zinc dan omega, maka dia makin subur wakakak. Mungkin.

Dan teori ini ada asasnya. Sebab antara khasiat Zinc Complex Daripada SHAKLEE adalah : 
  1. Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  7. Kelesuan kronik
  8. Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  10. Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  11. Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  12. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
  13. Rabun malam
 (credit to : http://vitaminsihat.com/wp/?p=225

Zinc sendiri adalah komponen penting dalam set kesuburan SHAKLEE. Dan lawannya.. mama kena lah ambik GLA :-)

Tuesday 16 July 2013

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya ini sudah di share oleh kebanyakan kawan di facebook. Anda juga mungkin pernah melihatnya. Dan saya ambil kesempatan untuk share tips ini d blog ni juga.. semoga kita semua mendapat manfaat.
----
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Tuesday 2 July 2013

My Idol - Professor Dr. Muhayah

Saya pernah dengar ceramah dan pengkisahan kisah Rasulullah SAW dari penulis novel Ketika Cinta Bertasbih ustaz Habiburrahman. Jika saya tulis kembali apa yang dia kisahkan.. memang tidak mampu. Tapi ada satu part dalam ceramah yang beliau sampaikan yang saya ingat sampai sekarang. Diakhirat kelak, kita akan berkumpul dengan orang-orang yang kita cinta. Jika kita cinta dan agungkan penyanyi, maka dengan dialah kita bersama diakhirat nanti. .. banyak contoh yang dia bagi sebenarnya. Dan dia juga cakap, jika mahu selamat, cintailah orang yang mampu menolong kita mencintai Rasulullah SAW. Bagaimana caranya. Selawat, dan ikut sunnah Baginda SAW.

Sebagai manusia yang selalu terpedaya dengan hawa nafsu dan syaitan yang direjam, begitu susah sebenarnya Istiqamah dan mempelajari apatah lagi mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Tapi bila saya mula mencintai orang yang berilmu, dan mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan oleh orang tersebut sedikit demi sedikit saya mula belajar tentang sunnah Rasulullah SAW.. mungkin belum mampu amalkan, tapi saya berharap, dengan meletakkan orang yang berilmu sebagai Idola, suatu hari nanti, saya akan bersama mereka di dalam zon Allah SWT.

Idola saya Prod Dr Muhaya. keh keh keh.. ayat skema tidak menahan. tapi memang benar. saya suka dengan profesor sorang ni atas banyak perkara. Sy mula mengenali Prof Dr. Muhaya secara tidak sengaja apabila menonton rancangan Serasi Bersama..  Saya tertarik dengan senyuman dan setiap patah bicara yang keluar daripada mulut prosefor tersebut. Penampilan sederhana tetapi setiap butir bicara diiringi dengan senyuman. Bagi saya dia mempunyai aura.. dan perkataan-perkataan positif yang keluar dari mulut dia sungguh mengkagumkan.

Seterusnya saya mula mencari.. siapakah beliau sebenarnya? Sehinggalah saya berjumpa dengan laman web Prof. Dr. Muhayah dan membaca biodata beliau. Wow.. ada sesuatu yang terdetik di benak saya.. saya bangga mengenali seorang yang berfikiran positif, menjaga akhlak sebagai seorang muslimah, mempunyai kerjaya professional sebagai Doktor Pakar Mata, menjadi motivator.. Subhanallah. Allah menunjukkan saya seorang idola yang sememangnya perfect untuk saya contohi. Info Profesor Dr. M
  • Memperoleh Fellowship dalam bidang Uveitis dari Hospital Mata Moorfields di United Kingdom pada 1998, manakala kelulusan PhD dari University of London dalam bidang Ocular Immunology.
  • Anak Malaysia terunggul pakar dalam bidang Uveitis. Beliaulah yang memulakan perkhidmatan Uveitis dan terapi immunosuppressive untuk penyakit mata autoimun di Malaysia. Kini, Prof. Muhaya dianggap sudut rujukan dalam bidang pengurusan penyakit uveitis sejak 1998. Beliau juga memberi latihan doktor pakar oftalmologi tempatan khususnya dalam bidang uveitis.
  • Pada 2005, Prof Muhaya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Khas Terunggul (Special Distinguished Service Award) oleh Akademi Opthomologi Asia Pacifik (APAO) sempena Kongres APAO ke-20 yang diadakan di Kuala Lumpur.
  • Kini beliau adalah Perunding Pakar Bedah Mata selain menyandang jawatan Ketua Pusat Mata dan Lasik di Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Pengerusi Persatuan Doktor Mata Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association Ophthalmological Society).
  • Selain oftalmologi, Prof Muhaya mempunyai minat yang mendalam dalam menyampaikan ceramah motivasi. Beliau sering diundang sebagai penceramah pada minggu orientasi di PCMC. Topik kegemaran beliau adalah Perwatakan Berkesan. Prof Muhaya juga sering diundang untuk berceramah kepada mahasiswa fakulti perubatan di UKM, IIUM dan USIM.
  • Wajah Prof Muhaya juga sering kelihatan di kaca televisyen berkongsi pengetahuan beliau dalam berbagai penyakit mata di saluran TV1, TV2 dan TV3. Selain itu, pada 2005 beliau menerbitkan bukunya dalam bahasa Inggeris bertajuk How to become a good and successful medical student.

Saya mula mendekati Doktor ini melalui setiap slot motivasi dan bual bicara beliau di ikim.fm dalam slot Aspirasi  (10.00 – 11.00 pagi), setiap hari Rabu.  Saya mula mengikuti fan page beliau di facebook (Prof. Dr. Muhaya). Dan saya ternanti-nanti slot motivasi pagi di TV 3 pada setiap 6.30 pagi sabtu. Tujuannya adalah tidak lain daripada mendengar setiap tutur kata yang penuh dengan kata-kata positif.
Dalam setiap ‘pertemuan’ di udara.. seringkali Doktor ini berpesan untuk berfikiran positif.. tidak hairanlah Piyan dan Siti menamakan hari rabu sebagai Hari Positif :-D.. Walaupun berulang-ulang tetapi tetap mesra dihati kerana seringkali contoh dan penyampaian beliau berbeza-beza. Subhanallah.. Allah menjadikan wanita itu hebat.


Setiap kali mendengar sesuatu daripada Dr. M, setiap kali itulah juga saya akan bersedia dengan pen dan kertas.. saya ingin garap, saya ingin kumpul, dan saya ingin olah menggunakan ayat saya sendiri, saya inigin terbitkan di blog saya TANPA mengubah mesej yang disampaikan oleh Dr. Muhaya.. agar setiap yang positif dari Dr. Muhaya dapat saya sebarkan di alam maya. Jika suatu hari nanti Dr. Muhaya menemukan cara ini adalah salah, mohon maafkan dan minta dibetulkan.. Niat dihati saya, semoga kata-kata yang sedikit boleh dikongsi kepada ramai orang. Jika saya tidak mampu menyusun dan menunjukkan kata-kata dan imej yang positif, biarlah saya membantu menyampaikan kepada yang lain. Manalah tau suatu hari nanti dengan sedikit garapan dan petikan daripada Dr. M yang ditemukan dalam blog ini akan memberikan kehidupan yang lebih bermakna kepada seseorang..

so tunggu kan nanti.. doakan saya ada kelapangan, agar saya boleh menulis lagi.

Assalamualaikum.