Monday 22 September 2014

Nidji ~ Menunggu Karma (Terusir)

Ada sesuatu yang menarik dalam lirik lagu ni.. dan ada suasana syahdu bila menghayati muziknya, terutama di verse terakhir lagu. Saya dapat bayangkan seseorang sedang dalam keadaan terasing, sendiri sedang tertunduk redha menunggu karma yang bakal berlaku ke atas dirinya. 
Opss.. ini khayalan saya sendiri  :-), tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah pergi. 
Dan lagu ni memang best babas. FYI, saya bukanlah pencinta music, tapi once sy suka, saya memang akan jatuh cinta.. pada lagu sahaja yer. saya belum sempat mengenal kumpulan nidji..
walauPonnn ejaan "Teroesir" agak annoying bagi saya



Nidji ~ Menunggu Karma (Terusir)



Aku yang terusir jauh dari kamu
Jauh dari kamu
Cinta dan harapan dibunuh dan mati Bangkit dan terbunuh lagi
Semua karena dirimu
Aku yang mengemis mengais cintamu seperti pengemis
Aku yang dibuang dari relung tangan orang yang kucinta
Oh tuhan ampunilah dosa
Dendam aku padanya
Menunggu karma ..
Aku menunggu karma..
Menunggu karma..
Aku menunggu karma..
Dengar dan ingatlah saat aku bangkit dari kesedihan
Engkau kan berlutut memohon diriku
Memohon ampunan dari diriku
Oh tuhan ampunilah aku
Niat buruk didoa
Aku hanya inginkan dia
Merasakan getir cintaku
Menunggu karma membalasmau
Aku menunggu karma membalasmu
Aku menunggu karma membalasmu
Aku menunggu karma membalasmu

Wednesday 3 September 2014

The Power of "SAYA NAK"

Assalamualaikum.. Mendung diluar sana, tapi tidak di hatiku :-D.

Harapnya kita semua diberi kesihatan yang cukup baik. Jika ada yang sakit sikit-sikit tu, bersyukurlah. Itu hanya kifarah bagi dosa-dosa kita, tanda Allah sayangkan kita. Disamping bersyukur, boleh ikhtiar tingkatkan kesihatan dengan menelan suplemen SHAKLEE yang murah, mudah dan berkesan. Place your order here :-) http://skyjaza.blogspot.com.

Dari semalam.. saya mengidam sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan. Sebabnya kos mahal dan saya sendiri tahu poket agak kontang pada masa ini. Dan lepas gaji pun, belum tentu saya mampu mendapatkannya. Gaji tidak seberapa, tapi impian melangit haha. Tapi tidak apa, saya boleh bermimpi, saya boleh mengidam, saya boleh teringin. Saya percaya, bila kemahuan saya sudah kuat, fokus saya akan meningkat.. dan Allah pasti akan beri.

Angan-angan Mat Jenin? huhu.. apakah? Dulu kita selalu dengar, orang yang berangan tanpa ukur baju di badan sendiri ialah Mat Jenin.

Tapi era ini, kita sering mendengar. Kuasa Minda. Impikan, mahukan,  bayangkan, pegang sesuatu yang kita mahu walaupun mustahil dan kita pasti akan dapat. katakan "Saya Nak". 

Pernah dengar kuasa minda, magnet/unsur positif diri yang kuat?? 

Benarkah ianya berkesan? BENAR , JIKA ANDA PERCAYA. Dan ianya bukan karut, bukan syirik. Ianya sesuai dengan petikan ini :

"Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah"

Kredit pemilik blog : http://frekuensikaya.blogspot.com/

Saya selalu ingatkan diri saya. Berani berkata "Saya Nak, Saya Mahu dan Saya Dapat". Dengan anak-anak pun saya selalu berikan galakan untuk berani bermimpi, kerana mimpi adalah kemahuan. Kemahuan yang kuat akan mencetuskan energi luar biasa yang menjadikan kemahuan jadi kenyataan.

Pernah suatu ketika, baru ni jak.. anak sulung saya yang berusia 8 tahun teringin basikal baru. Masa tu dia sememangnya ada basikal. Tapi basikal agak usang dan rantai selalu putus. Keadaan ini membuatkan anak saya rasa rendah diri kerana ketika waktu bermain, dia hanya duduk tepi dikala kawan-kawan sepermainannya berbasikal pada waktu petang. 

Suatu hari, anak saya balik ke rumah lebih awal daripada biasa. Selalunya, dia hanya akan balik 10 minit sebelum waktu Maghrib. Anak saya mendapatkan saya yang sibuk menyediakan makan malam. "Mummy, puasa nanti kalau abang puasa sebulan, mummy belikan abang basikal. Boleh? "


Saya jawab "Boleh."

Sebenarnya, dalam hati saya, neutral. Jika dia mampu puasa sebulan, saya akan belikan. Tapi saya tidak akan meletakkan paksaan. Saya tahu, anak saya masih kecil untuk berpuasa , apatah lagi jadual yang agak padat.. bangun 5.30, jam 6.00 pagi bertolak ke sekolah agama. Selesai sekolah agama, cuma dapat berehat untuk mandi dan makan (jika tidak berpuasa) di Taska sebelum ke sekolah. Anak saya hanya akan sampai di rumah pada pukul 6.00 petang, sepanjang bulan puasa. Sementara pada hari-hari biasa, hanya akan sampai di rumah pada 6.45 petang. Saya sendiri agak letih dengan perjalanan yang panjang setiap hari, apatah lagi dia.

Puasa bermula, anak saya semangat berpuasa. Dia selalu berkata, abang akan dapat basikal.

Sehari, dua hari, tiga hari..  dan akhirnya setengah bulan. Alhamdulillah. Anak saya dapat berpuasa sepanjang hari walaupun ada diantara hari-hari puasa yang dia tidak makan sahur. Kesiankan, tidak sahur sebab saya tidak terbangun, akibat berjaga malam bila baby lewat tidur dan suami pula tiada di rumah. Pernah suatu ketika, anak saya hampir 'tewas'. Tapi bila saya bagi greenlight, suruh berbuka pada waktu siang, dia akan segera cakap, nanti abang tidak dapat basikal. Sayu juga hati bila tengok dia berusaha bersungguh-sungguh berpuasa untuk dapatkan basikal. Tapi saya teruskan berfikir positif.. Insyallah, dia akan belajar sesuatu yang berharga dalam hidup iaitu, kita hanya akan mendapat ganjaran apabila bekerja keras mendapatkannya. 

Ada juga ketika, selepas setengah bulan berpuasa.. suami saya mengajak anak saya ke kedai basikal. Dia suruh anak pilih sendiri basikal kegemaran, pegang sendiri basikal tu, dan suami suruh anak saya berimaginasi, dia sedang mengayuh basikal pada waktu petang. Balik saja ke rumah, anak saya bagi report 'Mummy, abang sudah pilih basikal yang daddy akan beli kalau abang puasa sebulan.' Dan saya jawab 'Ok, kalau macam tu.. teruskan puasa, lagi 12 hari puasa abang akan full sebulan.'

Pendekkan cerita, anak saya mampu berpuasa 27 hari. Sebenarnya, memang ada 2 hari dia tidak berpuasa. Tapi saya pujuk dia berbuka disebabkan memang dia nampak lemah (tiada sahur). Masa pujuk tu pun saya cakap, 'kalau hari ini abang tidak puasa, mummy masih belikan basikal.'

Dan selepas sahaja cuti raya berakhir, Alhamdulillah.. kami dapat menunaikan impiannya. Sebuah basikal BMX warna merah.


BMX (gambar hiasan.. ambik dr google jak)

Habis kisah anak saya dengan basikal BMXnya.

Ok. Moral of the story?

Hahaha.. saya bukan menunjuk-nunjuk. Kisah ini ada kaitan dengan apa yang cuba saya sampaikan. Dan berkait terus dengan tajuk coretan saya pagi ini.

Bila kita mahu, kemahuan kita kuat, kita akan dapat kekuatan untuk melakukan apa saja untuk mencapainya. Kemahuan akan menjadi motivasi untuk kita segera bangkit jika kita hampir lemah dan seolah tidak mampu untuk mencapai cita-cita dan keinginan kita. 

So, apa kita perlu buat?

  • Berani berkata "Saya Nak"
  • Berani berimaginasi
  • Berani beranggapan perkara itu akan terjadi
  • Berani berhadapan dengan cabaran untuk merealisasikan keinginan
  • Berani untuk selalu melafazkan apa yang kita impikan
  • Berani menulis apa yang kita impikan
Apa sebenarnya misteri disebalik "Saya Nak" sehingga membolehkan kita mendapatkan apa yang kita Nak??

Sebenarnya, setiap perlakuan kita sehari-hari dikuasai oleh minda separa sedar. Dikatakan minda separa sedar mempunyai kekuatan yang luar biasa, mampu melakukan apa saja. 
Pernah dengar orang menarik lori menggunakan rambut? Sebenarnya orang-orang seperti ini adalah orang yang tidak putus-putus melatih kuasa minda mereka sehingga akhirnya ia mencetus kekuatan yang luar biasa. 

Dalam contoh lain pula, anda boleh jadikan diri anda sendiri sebagai subjek eksperimen simple dibawah :

1. Katakan pada diri anda - anda buruk, anda cerewet, anda gagal, anda sakit dan segala perkataan negatif lainnya. Lakukan pada awal pagi. Tengok cermin dan sumpah diri sendiri, katakan diri sial, bernasib malang dan lain-lain lagi. Dan ceritakan pada saya melalui email ujye82@gmail.com, apakah yang anda rasakan sepanjang hari itu?

2. Pada hari berikutnya pula, bangkit sebelum subuh.. ambil masa 5-10 minit melakukan terapi zikir, Istighafar, dan berselawat. Selesai solat subuh, katakan diri anda baik, anda sihat, anda ceria, semua urusan anda pada hari tersebut akan berjaya anda lakukan, anda cantik, semua orang menyukai anda. Dan berdiri depan cermin ketika bersiap ke pejabat dan sekolah..katakan pada bayang anda dicermin, anda akan berjaya mencapai objektif dalam pelajaran/perniagaan, anda segar melakukan pelbagai aktiviti sepanjang hari dan lain-lain perkataan yang positif. 
Selanjutnya, ceritakan pada saya melalui alamat email di atas, apakah yang anda alami, rasai sepanjang hari?

Tentunya berbeza bukan?

Minda separa sedar akan 'menangkap' apa juga perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, samada perkataan, sangkaan dan perbuatan. Kemudian, minda separa sedar inilah yang 'mengerah' anggota tubuh badan kita untuk melakukan tindakan untuk mendapatkan apa yang kita kata, sangka dan buat. 

anda boleh mendapat kupasan lebih lanjut tentang kuasa minda melalui website ini http://rahsiaminda.com

huhu.. harapnya kupasan tidak ilmiah saya pada hari ini mampu difahami.  

(bersambung..)

Sunday 17 August 2014

Tentang Sakit

credit photo : www.santabanta.com



kita pernah mengalami suatu yang meyakiti
suatu yang pahit
dan amat melukakan

jika kita merintih atas segala yang menyakiti
jika kita mennagisi kepahitan
jika kita meraung dan terjelepok dalam kelukaan
kita akan tumbang

sebaliknya apabila kita bertekad melawan kesakitan
bersedia menambah gula pada kepahitan
bersedia menampal dan merawat luka
kita pasti akan bangkit kembali

kita tidak tahu sejauh mana takdir menghukum kita
kita juga tidak mampu mengubah jalan cerita
tapi yang pasti setiap yang bermula pasti berakhir 
yang pahit tidak mungkin akan pahit selamanya
yang sakit akan sembuh disuatu ketika

kerana itu berhenti mengeluh
berhenti membicarakan soal takdir
biarkan diri melakonkan apa jua watak yang diberikan oleh takdir
hayati setiap yang berlaku
dan bersyukurlah kerana disetiap babak takdir
masih banyak perkara yang menggembirakan

kita mampu makan ketika ada yang kelaparan
kita mampu lena ketika ada yang gelisah
kita mampu bernafas ketika ada yang menghembuskan nafasnya yang terakhir

fokus pada syukur, fokus pada gembira
masalah sakit, pahit dan terluka pasti akan berakhir

Ujye Rohimin
Kota Kinabalu, 18.8.2014

Wednesday 9 July 2014

PINJARAM ~ Satu Kesan Abadi


Hhahaha.
Maafkan Tajuk.

Selama ni saya hanya pandai makan pinjaram, dan komplen kalau liat, tidak cantik dan mengata apa2 yg tidak sempurna.. dan puji melambung kalau sedap dan cantik. 

Tapi taubat. lepas malam ni saya tidak akan mengutuk lagi. Malahan saya letak PINJARAM sebagai benchmark bagi siapa2 yg menggelar diri mereka handal buat kuih. kalau FAIL pinjaram, maka belum handal lah tu .

Oh ya, kuih pinjaram = penyaram = penjaram. Kuih traditional Sabah. Rasanya sedap, dan rupanya macam dalam gambar. Untuk info, rupa pinjaram buatan pro lagi cantik dari ini. tapi memandangkan saya beginner, inilah pinjaram pertama saya hihi.



Bagi memenuhi azam puasa tanpa makanan bazaar ramadhan, petang tadi seperti petang2 sebelum ni saya masak lagi. tapi kali ni cuba masak kuih yg agak mencabar, Pinjaram. Betullah motivator kata, Keinginan adalah pencetus motivasi. 

Berbekalkan keinginan mau makan yg amat sangat, saya mula menGoogle resipi Pinjaram. Ok. sudah dapat, dengan penuh keyakinan saya menguli bahan2 pinjaram ikut suka hati dan logik fikiran. sebab hasil google yg saya dapat, cuma bagi bahan. kaedah buat tidak disertakan.

selesai menguli, dengan semangat yang tambah menyala2, saya masukkan pinjaram pertama saya ke dalam minyak yg sangat panas. 

Makkkk.. hahha. bukan pinjaram yg terbentuk. tapi tepung terjun GAYA BEBAS yang liat dan sangat keras 

brrpeluh seketika, saya dapatkan talian hayat dari anak buah saya. 
dengan panduan dari dia, saya try buat lagi. ok. sudah berbentuk, lembut dan bunganya rangup.

tapi saya masih tidak puas hati. lepas berbuka, solat, tidur sekejap sambil cari ilham menyiapkan adunan pinjaram yg masih berbaki.
saya ikut panduan yg chef Ilmi bagi.
kawal api, minyak tidak mau banyak.

Dan akhirnya.. untuk malam ini saya dapat hasil yg memuaskan hati saya.

Tapi azam dihati, lepas ni saya akan cari periuk kecil yg muat 1 biji pinjaram saja, macam penjual2 pinjaram d pasar besar selalu guna. lepas ada periuk tu, saya akan buat lagi. yg lebih cantik pastinya.

oh ya syukur juga, apapun bentuk pinjaram saya, tetap habis. anak2 cakap sedap .. 

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri Kuih Pinjaram, disini saya kongsikan resipi yang diberi oleh kawan FB saya, Paduka :


1 bungkus tepung beras,
Setengah kilo tepung gandum,
Setengah kilo gula,
500 ml air sejuk,
Cara2- 
Gaul semua bahan hingga sebati Dan simpan dlm aisbox at least 2 malam sebelum diguna/digoreng. Ini memudahkan crispy dipermukaan kuih ni terbentuk. Lagi lama simpan, tektur kuih ni lagi kental dan lagi sedap.



Sunday 15 June 2014

Bertenanglah kerana, pelangi pasti muncul..


Ada orang pernah cakap dengan saya, jangan menangis kalau hidup dilanda ribut petir. Bersangka baik.. pasti semuanya akan tenang dan pelangi indah akan muncul selepas itu.

Jadi sekarang siapa2 yg sedang melalui cuaca tidak menentu, copy paste ayat diatas, save dalam memori masing2. 

Allah Itu Maha Adil kan.

Saya pernah, suatu ketika dahulu (tidak lah lama sangat, lebih kurang 4 tahun lepas jak) merasakan dihimpit kehidupan yang menyeksa. Ekonomi goyah, rumahtangga huru hara, kesihatan merundum, kerjaya tidak terurus.. dan saya sendiri, kurus. sekurus-kurusnya. Makan hati beb! Hati ayam kalau masak kicap memanglah sedap, tapi makan hati sendiri tanpa gula, tanpa garam, umpama makan batu kerikil. Hahaha. Mau tau rasanya, cer kunyah batu kerikil.

Menghadapi saat-saat sukar itu membuatkan saya buntu, dan menyalahkan takdir. Mujur, muncul sahabat-sahabat yang pernah katakan ayat diatas, setia bersama saya. Saya katakan sahabat-sahabat sebab memang ada lebih dari seorang sahabat. Mereka begitu asing dalam hidup saya pada mulanya. Tapi hakikatnya, mereka bersimpati dengan saya, dan tidak pernah putus asa memberikan saya harapan.

"Sujud, dan katakan pada Allah, Ya Allah Aku serahkan seluruh urusanku kepadaMu. Engkau tentukan apa-apapun buatku, kerana Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku." Kata seorang sahabat yang lain. Alangkah beratnya bagi saya untuk berdoa seumpama itu dikala hati saya mempunyai perancangan yang lain. Tapi lama kelamaan saya tunduk mengalah, saya sujud dan saya berdoa dengan doa di atas, setelah sekian lama perancangan demi perancangan saya untuk mengatasi masalah hidup gagal, dan saya mula penat. Benar, pada masa itu saya sudah putus asa. Saya sudah tidak mampu melihat apa jua jalan pun. Dan yang terbaik.. berserah pada Allah.

Yang ajaibnya.. seminggu, dua minggu, tiga minggu.. malah tidak terhitung hari saya memanjatkan doa diatas, Saya tidak sedar, saya mula tenang, dan dengan ketenangan itu, saya mula melihat jalan (Allah telah tunjukkan jalan) bagi saya. Satu persatu masalah selesai. Dan satu persatu kebahagiaan muncul.

Dikala itu, saya kembali berfikir akan kata-kata yang sahabat kongsi tentang pelangi. Benarlah,

Ketenangan akan datang
Pelangi akan muncul
Masalah akan selesai
Hanya dengan berserah pada Allah.. Sepenuhnya
Kerana yang mencipta masalah adalah DIA
Dan pemilik penyelesaian juga adalah DIA
yang penting,. tenangkan diri, dan kembali taat pada DIA
Pemilik Segala Semesta


Ujye Rohimin, Kota Kinabalu
16,6,2014



Sunday 8 June 2014

Minggu-minggu terakhir yang sibuk

Jumaat ni usia kandungan akan genap 39 minggu. Alangkah tidak sabarnya.. menanti kehadiran seorang puteri.. melihat 'pinky matters' yg sudah disediakan awal untuk baby girl sahaja sudah buatkan diri teruja.
Diminggu-minggu akhir ini pula bermacam dugaan yg tidak pernah dijangka. Kerja office semakin banyak.. tapi hairan, dalam kata sibuk, kenapa ada yang bebas "hilang" dari office ketika bukan masa rehat? Huhu.. x apalah. Bahagian masing-masing.
Cuma kurang adil lah bagi saya.
Tarik nafas.. n hembus. Bisikkan pada diri.. sabar. Tiba masa kau cuti, nikmati percutian sepuasnya :-)..
Tidak usah mencari cari kesalahan mereka dan keluarga mereka. Cuba cari lompong2 negatif dalam diri sendiri. Kenalpasti lompong itew.. dan gantikan dengan suatu yg positif.
Kan begitu banyak sesi motivasi yg dianjurkn sekarang.. samada oleh golongan alim ulama mahupun organisasi yg bersifat kapitalis menekankan pemikiran yang positif. Hanya dengan berfikir positif akan membawa kepada tindakan yang positif.
Tindakan positif akan mengundang pelbagai perkara positif ke dalam diri dan hidup kita.
Ok. Abaikan pasal kesibukan d pejabat.
Sebab sebenarnya dalam kata sibuk.. saya masih ada masa memanjakan diri bersama hobi saya.. menjahit hihi.
Walaupun jahitan kurang sempurna, namun syukur Alhamdullah kerana saya tidak perlu peruntukkan banyak RM membeli set cadar baby yang baru. Beli kain, n jahit. Maka jadilah set yg comel ini.
Puas hati. Terbayang bayang baby comel tidut lena atas bedsheet ni. Pink gitu.
Huhu.. kawan cakap, boleh ambik tempahan lepas ni hihi.
Insyaallah, akan dipertimbangkan.


Carilah Berkat (Apabila kekayaan tidak mampu mendamaikan jiwa)



Apabila kekayaan tidak mendamaikan.

Punya wang yang boleh membeli apa saja.

Wajah cantik.

Ada keluarga yang bahagia.

Pun masih bersungguh-sungguh menjatuhkan seseorang dengan penipuan demi penipuan. Mengapi-apikan dua jiwa yang dulunya bersaudara. Mencipta fitnah dengan perancangan yang rapi.

Dan berjaya menanam kebencian dihati-hati orang yang dulunya tidak membenci.

Astaghfirullahalazim.

Bukan kita yang menilai berkat atau tidaknya kekayaan seseorang. Tapi kita mampu menilai, jika sudah punya segalanya dan masih juga melakukan pelbagai perkara negatif, sungguh terbukti kekayaan yang kita ada tidak mampu mendamaikan jiwa. Jiwa yang berkecamuk, diamuk api keresahan dan kebencian, jauh dari berkat.

Muhasabah diri. Adakah kita sudah cukup dengan amalan yang wajib ke atas kita? Adakah kita sudah menutup aurat dengan sebenar-benarnya?  Adakah kita sudah cukup dengan ilmu yang asas tentang syariat islam?

Memberi sahaja tanpa melakukan solat 5 wajib, pincanglah segala pemberian dan sedekah kita. Kerana ustaz pernah mendidik kita, amalan pertama yang dinilai ketika kita bertemu denganNya adalah solat 5 waktu. Bagaimana mungkin kita persembahkan amalan-amalan lain andai amalan pertama sahaja kita sudah gagal?

Didik hati kita dengan puasa. Puasa ikhlas tentu sahaja menutup segala pintu maksiat. Sia-sia bukan jika sepanjang hari kita menahan lapar, namun kita akhiri dengan dosa memutuskan persaudaraan? Apa nilai puasa kita jika kita melakukan dosa besar yang tidak ada ampun Allah ke atasnya.

Bersyukurlah teman.. padamkan segala kesombongan kita dengan syukur. Diluar masih ramai yang diuji oleh Allah SWT dengan kemiskinan. Masih ramai yang hidup menumpang, atau terpaksa menyewa rumah yang sempit untuk mendapat perlindungan dari panas mentari, sejuknya kabus malam. Ada beribu manusia lain yang tiap pagi terpaksa bersesak-sesak berbaris menunggu bas atau apa-apa kenderaan awam untuk pergi ke tempat yang dituju. Bersyukurlah, dan hilangkan segala keangkuhan dalam hati.

Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik menjelang Ramadhan ini..

Semoga kita semua mendapat harta dan hidup yang berkat.

Semoga kita semua kaya dan bakal kaya dengan harta; juga kaya dengan kedamaian dan ketenangan.