Bismillahirrahmanirrahim
Ya
Allah Ya Tuhanku,
Kurniakanlah
aku anak-anak yang soleh, yang indah akhlaknya, yang lemah lembut tutur
bicaranya, yang elok pekertinya, dan jadikan mereka anak-anak yang patuh kepada
kedua orang tua.
Limpahkanlah
kepada anak-anakku, Abang, Ayee, Lu’lu’ dan Zahra rezeki yang berlimpahan dari
sumber yang tidak disangka-sangka dengan penuh barakah, berikanlah kepada
mereka ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan istiqamah.
Berikanlah
kesihatan yang berpanjangan yakni kesihatan mental, fizikal, emosional dan
spiritual kepada mereka. Dan izinkanlah mereka membesar sebagai anak yang
sihat, cergas dan cerdas sebagaimana anak-anak normal yang lain.
Mudahkanlah
urusan mereka, lapangkanlah dada mereka, lepaskanlah kekakuan lidah mereka agar
perkataan mereka difahami oleh sesiapa sahaja berkomunikasi dengan mereka.
Masukkanlah
anak-anakku ke dalam golongan orang-orang yang soleh, dan jadikanlah mereka
pemimpin bagi golongan orang yang beriman, serta orang yang berjaya dunia dan
akhirat
Hindarilah
mereka daripada segala musibah, jauhkanlah mereka dari kejahatan dan kezaliman
makhluk, dan jauhkanlah mereka dari sifat-sifat orang zalim dan jahat.
Kuserahkan
anak-anakku kepadaMu pada setiap masa, dan kepadaMu jualah aku memohon kebaikan
dunia akhirat dalam setiap urusan berkaitan anak-anakku.
Ampunkanlah
segala dosaku dan suamiku. Dan janganlah kiranya Engkau timpakan kepada mereka
kesan dan akibat daripada perbuatan dosa-dosa kami ke atas mereka.
Amin..