Showing posts with label doa anak soleh. Show all posts
Showing posts with label doa anak soleh. Show all posts

Monday 12 January 2015

Doa buat anak-anakku

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kurniakanlah aku anak-anak yang soleh, yang indah akhlaknya, yang lemah lembut tutur bicaranya, yang elok pekertinya, dan jadikan mereka anak-anak yang patuh kepada kedua orang tua.

Limpahkanlah kepada anak-anakku, Abang, Ayee, Lu’lu’ dan Zahra rezeki yang berlimpahan dari sumber yang tidak disangka-sangka dengan penuh barakah, berikanlah kepada mereka ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan istiqamah.

Berikanlah kesihatan yang berpanjangan yakni kesihatan mental, fizikal, emosional dan spiritual kepada mereka. Dan izinkanlah mereka membesar sebagai anak yang sihat, cergas dan cerdas sebagaimana anak-anak normal yang lain.

Mudahkanlah urusan mereka, lapangkanlah dada mereka, lepaskanlah kekakuan lidah mereka agar perkataan mereka difahami oleh sesiapa sahaja berkomunikasi dengan mereka.

Masukkanlah anak-anakku ke dalam golongan orang-orang yang soleh, dan jadikanlah mereka pemimpin bagi golongan orang yang beriman, serta orang yang berjaya dunia dan akhirat

Hindarilah mereka daripada segala musibah, jauhkanlah mereka dari kejahatan dan kezaliman makhluk, dan jauhkanlah mereka dari sifat-sifat orang zalim dan jahat.
Kuserahkan anak-anakku kepadaMu pada setiap masa, dan kepadaMu jualah aku memohon kebaikan dunia akhirat dalam setiap urusan berkaitan anak-anakku.

Ampunkanlah segala dosaku dan suamiku. Dan janganlah kiranya Engkau timpakan kepada mereka kesan dan akibat daripada perbuatan dosa-dosa kami ke atas mereka.


Amin..