Sunday 15 June 2014

Bertenanglah kerana, pelangi pasti muncul..


Ada orang pernah cakap dengan saya, jangan menangis kalau hidup dilanda ribut petir. Bersangka baik.. pasti semuanya akan tenang dan pelangi indah akan muncul selepas itu.

Jadi sekarang siapa2 yg sedang melalui cuaca tidak menentu, copy paste ayat diatas, save dalam memori masing2. 

Allah Itu Maha Adil kan.

Saya pernah, suatu ketika dahulu (tidak lah lama sangat, lebih kurang 4 tahun lepas jak) merasakan dihimpit kehidupan yang menyeksa. Ekonomi goyah, rumahtangga huru hara, kesihatan merundum, kerjaya tidak terurus.. dan saya sendiri, kurus. sekurus-kurusnya. Makan hati beb! Hati ayam kalau masak kicap memanglah sedap, tapi makan hati sendiri tanpa gula, tanpa garam, umpama makan batu kerikil. Hahaha. Mau tau rasanya, cer kunyah batu kerikil.

Menghadapi saat-saat sukar itu membuatkan saya buntu, dan menyalahkan takdir. Mujur, muncul sahabat-sahabat yang pernah katakan ayat diatas, setia bersama saya. Saya katakan sahabat-sahabat sebab memang ada lebih dari seorang sahabat. Mereka begitu asing dalam hidup saya pada mulanya. Tapi hakikatnya, mereka bersimpati dengan saya, dan tidak pernah putus asa memberikan saya harapan.

"Sujud, dan katakan pada Allah, Ya Allah Aku serahkan seluruh urusanku kepadaMu. Engkau tentukan apa-apapun buatku, kerana Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku." Kata seorang sahabat yang lain. Alangkah beratnya bagi saya untuk berdoa seumpama itu dikala hati saya mempunyai perancangan yang lain. Tapi lama kelamaan saya tunduk mengalah, saya sujud dan saya berdoa dengan doa di atas, setelah sekian lama perancangan demi perancangan saya untuk mengatasi masalah hidup gagal, dan saya mula penat. Benar, pada masa itu saya sudah putus asa. Saya sudah tidak mampu melihat apa jua jalan pun. Dan yang terbaik.. berserah pada Allah.

Yang ajaibnya.. seminggu, dua minggu, tiga minggu.. malah tidak terhitung hari saya memanjatkan doa diatas, Saya tidak sedar, saya mula tenang, dan dengan ketenangan itu, saya mula melihat jalan (Allah telah tunjukkan jalan) bagi saya. Satu persatu masalah selesai. Dan satu persatu kebahagiaan muncul.

Dikala itu, saya kembali berfikir akan kata-kata yang sahabat kongsi tentang pelangi. Benarlah,

Ketenangan akan datang
Pelangi akan muncul
Masalah akan selesai
Hanya dengan berserah pada Allah.. Sepenuhnya
Kerana yang mencipta masalah adalah DIA
Dan pemilik penyelesaian juga adalah DIA
yang penting,. tenangkan diri, dan kembali taat pada DIA
Pemilik Segala Semesta


Ujye Rohimin, Kota Kinabalu
16,6,2014



Sunday 8 June 2014

Minggu-minggu terakhir yang sibuk

Jumaat ni usia kandungan akan genap 39 minggu. Alangkah tidak sabarnya.. menanti kehadiran seorang puteri.. melihat 'pinky matters' yg sudah disediakan awal untuk baby girl sahaja sudah buatkan diri teruja.
Diminggu-minggu akhir ini pula bermacam dugaan yg tidak pernah dijangka. Kerja office semakin banyak.. tapi hairan, dalam kata sibuk, kenapa ada yang bebas "hilang" dari office ketika bukan masa rehat? Huhu.. x apalah. Bahagian masing-masing.
Cuma kurang adil lah bagi saya.
Tarik nafas.. n hembus. Bisikkan pada diri.. sabar. Tiba masa kau cuti, nikmati percutian sepuasnya :-)..
Tidak usah mencari cari kesalahan mereka dan keluarga mereka. Cuba cari lompong2 negatif dalam diri sendiri. Kenalpasti lompong itew.. dan gantikan dengan suatu yg positif.
Kan begitu banyak sesi motivasi yg dianjurkn sekarang.. samada oleh golongan alim ulama mahupun organisasi yg bersifat kapitalis menekankan pemikiran yang positif. Hanya dengan berfikir positif akan membawa kepada tindakan yang positif.
Tindakan positif akan mengundang pelbagai perkara positif ke dalam diri dan hidup kita.
Ok. Abaikan pasal kesibukan d pejabat.
Sebab sebenarnya dalam kata sibuk.. saya masih ada masa memanjakan diri bersama hobi saya.. menjahit hihi.
Walaupun jahitan kurang sempurna, namun syukur Alhamdullah kerana saya tidak perlu peruntukkan banyak RM membeli set cadar baby yang baru. Beli kain, n jahit. Maka jadilah set yg comel ini.
Puas hati. Terbayang bayang baby comel tidut lena atas bedsheet ni. Pink gitu.
Huhu.. kawan cakap, boleh ambik tempahan lepas ni hihi.
Insyaallah, akan dipertimbangkan.


Carilah Berkat (Apabila kekayaan tidak mampu mendamaikan jiwa)



Apabila kekayaan tidak mendamaikan.

Punya wang yang boleh membeli apa saja.

Wajah cantik.

Ada keluarga yang bahagia.

Pun masih bersungguh-sungguh menjatuhkan seseorang dengan penipuan demi penipuan. Mengapi-apikan dua jiwa yang dulunya bersaudara. Mencipta fitnah dengan perancangan yang rapi.

Dan berjaya menanam kebencian dihati-hati orang yang dulunya tidak membenci.

Astaghfirullahalazim.

Bukan kita yang menilai berkat atau tidaknya kekayaan seseorang. Tapi kita mampu menilai, jika sudah punya segalanya dan masih juga melakukan pelbagai perkara negatif, sungguh terbukti kekayaan yang kita ada tidak mampu mendamaikan jiwa. Jiwa yang berkecamuk, diamuk api keresahan dan kebencian, jauh dari berkat.

Muhasabah diri. Adakah kita sudah cukup dengan amalan yang wajib ke atas kita? Adakah kita sudah menutup aurat dengan sebenar-benarnya?  Adakah kita sudah cukup dengan ilmu yang asas tentang syariat islam?

Memberi sahaja tanpa melakukan solat 5 wajib, pincanglah segala pemberian dan sedekah kita. Kerana ustaz pernah mendidik kita, amalan pertama yang dinilai ketika kita bertemu denganNya adalah solat 5 waktu. Bagaimana mungkin kita persembahkan amalan-amalan lain andai amalan pertama sahaja kita sudah gagal?

Didik hati kita dengan puasa. Puasa ikhlas tentu sahaja menutup segala pintu maksiat. Sia-sia bukan jika sepanjang hari kita menahan lapar, namun kita akhiri dengan dosa memutuskan persaudaraan? Apa nilai puasa kita jika kita melakukan dosa besar yang tidak ada ampun Allah ke atasnya.

Bersyukurlah teman.. padamkan segala kesombongan kita dengan syukur. Diluar masih ramai yang diuji oleh Allah SWT dengan kemiskinan. Masih ramai yang hidup menumpang, atau terpaksa menyewa rumah yang sempit untuk mendapat perlindungan dari panas mentari, sejuknya kabus malam. Ada beribu manusia lain yang tiap pagi terpaksa bersesak-sesak berbaris menunggu bas atau apa-apa kenderaan awam untuk pergi ke tempat yang dituju. Bersyukurlah, dan hilangkan segala keangkuhan dalam hati.

Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik menjelang Ramadhan ini..

Semoga kita semua mendapat harta dan hidup yang berkat.

Semoga kita semua kaya dan bakal kaya dengan harta; juga kaya dengan kedamaian dan ketenangan.