Showing posts with label Kok Ping. Show all posts
Showing posts with label Kok Ping. Show all posts

Sunday 19 October 2014

Terbang Tunduk ~~ Lagu Kok Ping yang Awesome

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.


Siapa pernah dengar lagu ni? Best kan lirik lagunya. Saya suka. Dan saya sangat bersemangat bila mendengarnya. Semalam dapat menghayati lagu ni sebaga background music semasa penyampaian 'selendang' master kepada Master Aya Chalo (#MasCelAyaSam).

dalam lagu ni saya imagine 'adalah cerita tentang saya'..

Setinggi mana kau terbang, bertahan.. agar kau tidak jatuh. dan dalam masa yang sama.. jangan lupakan asal usul dan mereka yang dibawah.. 

Apa jua yang negatif dan cuba menjadi penghalang dalam setiap perjalanan kita.. pinggirkan. Fokus hanya pada kejayaan yang besar di hadapan.

Simple kan liriknya. Semua boleh faham.

(akan bersambung..)