Showing posts with label Prof. Dr. Muhaya. Show all posts
Showing posts with label Prof. Dr. Muhaya. Show all posts

Tuesday 16 July 2013

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya ini sudah di share oleh kebanyakan kawan di facebook. Anda juga mungkin pernah melihatnya. Dan saya ambil kesempatan untuk share tips ini d blog ni juga.. semoga kita semua mendapat manfaat.
----
Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Tuesday 2 July 2013

My Idol - Professor Dr. Muhayah

Saya pernah dengar ceramah dan pengkisahan kisah Rasulullah SAW dari penulis novel Ketika Cinta Bertasbih ustaz Habiburrahman. Jika saya tulis kembali apa yang dia kisahkan.. memang tidak mampu. Tapi ada satu part dalam ceramah yang beliau sampaikan yang saya ingat sampai sekarang. Diakhirat kelak, kita akan berkumpul dengan orang-orang yang kita cinta. Jika kita cinta dan agungkan penyanyi, maka dengan dialah kita bersama diakhirat nanti. .. banyak contoh yang dia bagi sebenarnya. Dan dia juga cakap, jika mahu selamat, cintailah orang yang mampu menolong kita mencintai Rasulullah SAW. Bagaimana caranya. Selawat, dan ikut sunnah Baginda SAW.

Sebagai manusia yang selalu terpedaya dengan hawa nafsu dan syaitan yang direjam, begitu susah sebenarnya Istiqamah dan mempelajari apatah lagi mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Tapi bila saya mula mencintai orang yang berilmu, dan mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan oleh orang tersebut sedikit demi sedikit saya mula belajar tentang sunnah Rasulullah SAW.. mungkin belum mampu amalkan, tapi saya berharap, dengan meletakkan orang yang berilmu sebagai Idola, suatu hari nanti, saya akan bersama mereka di dalam zon Allah SWT.

Idola saya Prod Dr Muhaya. keh keh keh.. ayat skema tidak menahan. tapi memang benar. saya suka dengan profesor sorang ni atas banyak perkara. Sy mula mengenali Prof Dr. Muhaya secara tidak sengaja apabila menonton rancangan Serasi Bersama..  Saya tertarik dengan senyuman dan setiap patah bicara yang keluar daripada mulut prosefor tersebut. Penampilan sederhana tetapi setiap butir bicara diiringi dengan senyuman. Bagi saya dia mempunyai aura.. dan perkataan-perkataan positif yang keluar dari mulut dia sungguh mengkagumkan.

Seterusnya saya mula mencari.. siapakah beliau sebenarnya? Sehinggalah saya berjumpa dengan laman web Prof. Dr. Muhayah dan membaca biodata beliau. Wow.. ada sesuatu yang terdetik di benak saya.. saya bangga mengenali seorang yang berfikiran positif, menjaga akhlak sebagai seorang muslimah, mempunyai kerjaya professional sebagai Doktor Pakar Mata, menjadi motivator.. Subhanallah. Allah menunjukkan saya seorang idola yang sememangnya perfect untuk saya contohi. Info Profesor Dr. M
  • Memperoleh Fellowship dalam bidang Uveitis dari Hospital Mata Moorfields di United Kingdom pada 1998, manakala kelulusan PhD dari University of London dalam bidang Ocular Immunology.
  • Anak Malaysia terunggul pakar dalam bidang Uveitis. Beliaulah yang memulakan perkhidmatan Uveitis dan terapi immunosuppressive untuk penyakit mata autoimun di Malaysia. Kini, Prof. Muhaya dianggap sudut rujukan dalam bidang pengurusan penyakit uveitis sejak 1998. Beliau juga memberi latihan doktor pakar oftalmologi tempatan khususnya dalam bidang uveitis.
  • Pada 2005, Prof Muhaya dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Khas Terunggul (Special Distinguished Service Award) oleh Akademi Opthomologi Asia Pacifik (APAO) sempena Kongres APAO ke-20 yang diadakan di Kuala Lumpur.
  • Kini beliau adalah Perunding Pakar Bedah Mata selain menyandang jawatan Ketua Pusat Mata dan Lasik di Pusat Perubatan Prince Court; Profesor Oftalmologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Profesor Ajung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
  • Pengerusi Persatuan Doktor Mata Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association Ophthalmological Society).
  • Selain oftalmologi, Prof Muhaya mempunyai minat yang mendalam dalam menyampaikan ceramah motivasi. Beliau sering diundang sebagai penceramah pada minggu orientasi di PCMC. Topik kegemaran beliau adalah Perwatakan Berkesan. Prof Muhaya juga sering diundang untuk berceramah kepada mahasiswa fakulti perubatan di UKM, IIUM dan USIM.
  • Wajah Prof Muhaya juga sering kelihatan di kaca televisyen berkongsi pengetahuan beliau dalam berbagai penyakit mata di saluran TV1, TV2 dan TV3. Selain itu, pada 2005 beliau menerbitkan bukunya dalam bahasa Inggeris bertajuk How to become a good and successful medical student.

Saya mula mendekati Doktor ini melalui setiap slot motivasi dan bual bicara beliau di ikim.fm dalam slot Aspirasi  (10.00 – 11.00 pagi), setiap hari Rabu.  Saya mula mengikuti fan page beliau di facebook (Prof. Dr. Muhaya). Dan saya ternanti-nanti slot motivasi pagi di TV 3 pada setiap 6.30 pagi sabtu. Tujuannya adalah tidak lain daripada mendengar setiap tutur kata yang penuh dengan kata-kata positif.
Dalam setiap ‘pertemuan’ di udara.. seringkali Doktor ini berpesan untuk berfikiran positif.. tidak hairanlah Piyan dan Siti menamakan hari rabu sebagai Hari Positif :-D.. Walaupun berulang-ulang tetapi tetap mesra dihati kerana seringkali contoh dan penyampaian beliau berbeza-beza. Subhanallah.. Allah menjadikan wanita itu hebat.


Setiap kali mendengar sesuatu daripada Dr. M, setiap kali itulah juga saya akan bersedia dengan pen dan kertas.. saya ingin garap, saya ingin kumpul, dan saya ingin olah menggunakan ayat saya sendiri, saya inigin terbitkan di blog saya TANPA mengubah mesej yang disampaikan oleh Dr. Muhaya.. agar setiap yang positif dari Dr. Muhaya dapat saya sebarkan di alam maya. Jika suatu hari nanti Dr. Muhaya menemukan cara ini adalah salah, mohon maafkan dan minta dibetulkan.. Niat dihati saya, semoga kata-kata yang sedikit boleh dikongsi kepada ramai orang. Jika saya tidak mampu menyusun dan menunjukkan kata-kata dan imej yang positif, biarlah saya membantu menyampaikan kepada yang lain. Manalah tau suatu hari nanti dengan sedikit garapan dan petikan daripada Dr. M yang ditemukan dalam blog ini akan memberikan kehidupan yang lebih bermakna kepada seseorang..

so tunggu kan nanti.. doakan saya ada kelapangan, agar saya boleh menulis lagi.

Assalamualaikum.