Showing posts with label Saya Nak. Show all posts
Showing posts with label Saya Nak. Show all posts

Wednesday 3 September 2014

The Power of "SAYA NAK"

Assalamualaikum.. Mendung diluar sana, tapi tidak di hatiku :-D.

Harapnya kita semua diberi kesihatan yang cukup baik. Jika ada yang sakit sikit-sikit tu, bersyukurlah. Itu hanya kifarah bagi dosa-dosa kita, tanda Allah sayangkan kita. Disamping bersyukur, boleh ikhtiar tingkatkan kesihatan dengan menelan suplemen SHAKLEE yang murah, mudah dan berkesan. Place your order here :-) http://skyjaza.blogspot.com.

Dari semalam.. saya mengidam sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan. Sebabnya kos mahal dan saya sendiri tahu poket agak kontang pada masa ini. Dan lepas gaji pun, belum tentu saya mampu mendapatkannya. Gaji tidak seberapa, tapi impian melangit haha. Tapi tidak apa, saya boleh bermimpi, saya boleh mengidam, saya boleh teringin. Saya percaya, bila kemahuan saya sudah kuat, fokus saya akan meningkat.. dan Allah pasti akan beri.

Angan-angan Mat Jenin? huhu.. apakah? Dulu kita selalu dengar, orang yang berangan tanpa ukur baju di badan sendiri ialah Mat Jenin.

Tapi era ini, kita sering mendengar. Kuasa Minda. Impikan, mahukan,  bayangkan, pegang sesuatu yang kita mahu walaupun mustahil dan kita pasti akan dapat. katakan "Saya Nak". 

Pernah dengar kuasa minda, magnet/unsur positif diri yang kuat?? 

Benarkah ianya berkesan? BENAR , JIKA ANDA PERCAYA. Dan ianya bukan karut, bukan syirik. Ianya sesuai dengan petikan ini :

"Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah"

Kredit pemilik blog : http://frekuensikaya.blogspot.com/

Saya selalu ingatkan diri saya. Berani berkata "Saya Nak, Saya Mahu dan Saya Dapat". Dengan anak-anak pun saya selalu berikan galakan untuk berani bermimpi, kerana mimpi adalah kemahuan. Kemahuan yang kuat akan mencetuskan energi luar biasa yang menjadikan kemahuan jadi kenyataan.

Pernah suatu ketika, baru ni jak.. anak sulung saya yang berusia 8 tahun teringin basikal baru. Masa tu dia sememangnya ada basikal. Tapi basikal agak usang dan rantai selalu putus. Keadaan ini membuatkan anak saya rasa rendah diri kerana ketika waktu bermain, dia hanya duduk tepi dikala kawan-kawan sepermainannya berbasikal pada waktu petang. 

Suatu hari, anak saya balik ke rumah lebih awal daripada biasa. Selalunya, dia hanya akan balik 10 minit sebelum waktu Maghrib. Anak saya mendapatkan saya yang sibuk menyediakan makan malam. "Mummy, puasa nanti kalau abang puasa sebulan, mummy belikan abang basikal. Boleh? "


Saya jawab "Boleh."

Sebenarnya, dalam hati saya, neutral. Jika dia mampu puasa sebulan, saya akan belikan. Tapi saya tidak akan meletakkan paksaan. Saya tahu, anak saya masih kecil untuk berpuasa , apatah lagi jadual yang agak padat.. bangun 5.30, jam 6.00 pagi bertolak ke sekolah agama. Selesai sekolah agama, cuma dapat berehat untuk mandi dan makan (jika tidak berpuasa) di Taska sebelum ke sekolah. Anak saya hanya akan sampai di rumah pada pukul 6.00 petang, sepanjang bulan puasa. Sementara pada hari-hari biasa, hanya akan sampai di rumah pada 6.45 petang. Saya sendiri agak letih dengan perjalanan yang panjang setiap hari, apatah lagi dia.

Puasa bermula, anak saya semangat berpuasa. Dia selalu berkata, abang akan dapat basikal.

Sehari, dua hari, tiga hari..  dan akhirnya setengah bulan. Alhamdulillah. Anak saya dapat berpuasa sepanjang hari walaupun ada diantara hari-hari puasa yang dia tidak makan sahur. Kesiankan, tidak sahur sebab saya tidak terbangun, akibat berjaga malam bila baby lewat tidur dan suami pula tiada di rumah. Pernah suatu ketika, anak saya hampir 'tewas'. Tapi bila saya bagi greenlight, suruh berbuka pada waktu siang, dia akan segera cakap, nanti abang tidak dapat basikal. Sayu juga hati bila tengok dia berusaha bersungguh-sungguh berpuasa untuk dapatkan basikal. Tapi saya teruskan berfikir positif.. Insyallah, dia akan belajar sesuatu yang berharga dalam hidup iaitu, kita hanya akan mendapat ganjaran apabila bekerja keras mendapatkannya. 

Ada juga ketika, selepas setengah bulan berpuasa.. suami saya mengajak anak saya ke kedai basikal. Dia suruh anak pilih sendiri basikal kegemaran, pegang sendiri basikal tu, dan suami suruh anak saya berimaginasi, dia sedang mengayuh basikal pada waktu petang. Balik saja ke rumah, anak saya bagi report 'Mummy, abang sudah pilih basikal yang daddy akan beli kalau abang puasa sebulan.' Dan saya jawab 'Ok, kalau macam tu.. teruskan puasa, lagi 12 hari puasa abang akan full sebulan.'

Pendekkan cerita, anak saya mampu berpuasa 27 hari. Sebenarnya, memang ada 2 hari dia tidak berpuasa. Tapi saya pujuk dia berbuka disebabkan memang dia nampak lemah (tiada sahur). Masa pujuk tu pun saya cakap, 'kalau hari ini abang tidak puasa, mummy masih belikan basikal.'

Dan selepas sahaja cuti raya berakhir, Alhamdulillah.. kami dapat menunaikan impiannya. Sebuah basikal BMX warna merah.


BMX (gambar hiasan.. ambik dr google jak)

Habis kisah anak saya dengan basikal BMXnya.

Ok. Moral of the story?

Hahaha.. saya bukan menunjuk-nunjuk. Kisah ini ada kaitan dengan apa yang cuba saya sampaikan. Dan berkait terus dengan tajuk coretan saya pagi ini.

Bila kita mahu, kemahuan kita kuat, kita akan dapat kekuatan untuk melakukan apa saja untuk mencapainya. Kemahuan akan menjadi motivasi untuk kita segera bangkit jika kita hampir lemah dan seolah tidak mampu untuk mencapai cita-cita dan keinginan kita. 

So, apa kita perlu buat?

  • Berani berkata "Saya Nak"
  • Berani berimaginasi
  • Berani beranggapan perkara itu akan terjadi
  • Berani berhadapan dengan cabaran untuk merealisasikan keinginan
  • Berani untuk selalu melafazkan apa yang kita impikan
  • Berani menulis apa yang kita impikan
Apa sebenarnya misteri disebalik "Saya Nak" sehingga membolehkan kita mendapatkan apa yang kita Nak??

Sebenarnya, setiap perlakuan kita sehari-hari dikuasai oleh minda separa sedar. Dikatakan minda separa sedar mempunyai kekuatan yang luar biasa, mampu melakukan apa saja. 
Pernah dengar orang menarik lori menggunakan rambut? Sebenarnya orang-orang seperti ini adalah orang yang tidak putus-putus melatih kuasa minda mereka sehingga akhirnya ia mencetus kekuatan yang luar biasa. 

Dalam contoh lain pula, anda boleh jadikan diri anda sendiri sebagai subjek eksperimen simple dibawah :

1. Katakan pada diri anda - anda buruk, anda cerewet, anda gagal, anda sakit dan segala perkataan negatif lainnya. Lakukan pada awal pagi. Tengok cermin dan sumpah diri sendiri, katakan diri sial, bernasib malang dan lain-lain lagi. Dan ceritakan pada saya melalui email ujye82@gmail.com, apakah yang anda rasakan sepanjang hari itu?

2. Pada hari berikutnya pula, bangkit sebelum subuh.. ambil masa 5-10 minit melakukan terapi zikir, Istighafar, dan berselawat. Selesai solat subuh, katakan diri anda baik, anda sihat, anda ceria, semua urusan anda pada hari tersebut akan berjaya anda lakukan, anda cantik, semua orang menyukai anda. Dan berdiri depan cermin ketika bersiap ke pejabat dan sekolah..katakan pada bayang anda dicermin, anda akan berjaya mencapai objektif dalam pelajaran/perniagaan, anda segar melakukan pelbagai aktiviti sepanjang hari dan lain-lain perkataan yang positif. 
Selanjutnya, ceritakan pada saya melalui alamat email di atas, apakah yang anda alami, rasai sepanjang hari?

Tentunya berbeza bukan?

Minda separa sedar akan 'menangkap' apa juga perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, samada perkataan, sangkaan dan perbuatan. Kemudian, minda separa sedar inilah yang 'mengerah' anggota tubuh badan kita untuk melakukan tindakan untuk mendapatkan apa yang kita kata, sangka dan buat. 

anda boleh mendapat kupasan lebih lanjut tentang kuasa minda melalui website ini http://rahsiaminda.com

huhu.. harapnya kupasan tidak ilmiah saya pada hari ini mampu difahami.  

(bersambung..)