Showing posts with label Spread The Love.. The World Will Change!!!. Show all posts
Showing posts with label Spread The Love.. The World Will Change!!!. Show all posts

Tuesday 4 November 2014

Think Positive, Spread The Love.. The World Will Change!!!

Assalamualaikum :-)
 
Terasa begitu beraura postifnya pagi-pagi ni kan. Bangun pagi segar-bugar.. anak-anak bersiap ke sekolah dengan tenang, keluar di jalan raya, jalan raya masih belum sesak. Sampai di Office ada masa bertenang sekejap sebelum memulakan sesuatu yang lebih besar..Alhamdulillah.
 
Semalam, saya berkesempatan menghadiri perkongsian ilmu oleh Master Lyna Noh, berkenaan The Power Of Thought. Saya kalau tajuk-tajuk begini, memang febret habislah. tidak kiralah kan sharing dari siapa pun.. saya tetap berusaha mau dengar. Sebab saya percaya dengan tajuk yang saya pilih.. Fikir Positif, Sebarkan Kasih Sayang.. Dan Dunia Akan Berubah. Walaupun bunyi tajuk ni tidak sama dengan sharing semalam.. tapi isi kandungannya lebih kurang jak. Sebab isi sharing semalam saya akan tulis sini pula. Sebagai bahan bacaan dan pedoman kita semua
 
Apa yang saya dapat semalam, bukanlah benda baru. Semuanya ada dalam buku nota saya. Semuanya pernah saya jumpa dalam buku-buku Prof Dr Muhaya misalnya. Kalau cakap pasal fikir positif dan akan dapat positif.. huhu. Saya rasa saya sudah terror. Tapi masalah yang saya hadapi ni, penyakit lupa, penyakit tidak berdisiplin, penyakit tidak Istiqamah.. Astaghfirullahalazim. Lalainya aku :-(.. Dan saya rasa masalah ini akan ada dalam diri setiap insan. Oleh sebab itu dalam agama kita, kita disarankan untuk selalu berada dalam majlis ilmu. Untuk refresh balik ilmu kita, untuk kuatkan balik azam kita, untuk sedarkan kita daripada kelalaian. Syukur, dalam SHAKLEE saya jumpa leaders hebat yang sentiasa mengingatkan. (psttt.. kalau mau join SHAKLEE, Contact saya melalui WhatsApp 0128246245:-), atau layari saja sini SERTAI SHAKLEE DENGAN MUDAH).
 
Dalam permulaan sesi ilmu malam tadi, antara slide yang dipaparkan adalah.. "If U Don't Like Something, Change It. If U Can't Change It, Change The Way You Think About It." Marvellous kan kata-kata tu. Cara faham ayat tu senang saja. Contoh lah kan.. Kita memang tidak suka dengan suami kita atas beberapa perkara atau tabiatnya yang kita tidak senangi. Tapi untuk kita tukar suami kita, bukannya mudah. Dan bagi saya sendiri, saya tidak boleh dan tidak mahu tukar pun (adakah yang sesuka-suka hati tukar suami?? haha. adalah kali. tapi jarang kita dengar). Jadi, cara paling mudah adalah.. ubah cara berfikir. Katalah benda yang kita tidak suka pada suami adalah, selepas makan.. tinggalkan saja gelas atas meja makan. Katakan pada diri.. rupanya saya dan suami dipilih oleh Allah SWT untuk bersama sebab kami saling melengkapi. Suami malas simpan gelas di singki, sedangkan saya rajin simpan dan cuci terus. Ngam lah kan. Sorang rajin, sorang malas. Lengkap lah tu hahaha. Cuba bayangkan kalaulah dua-dua malas.. apa akan jadi??
 
Ok, next.
 
Saya rasa memang kita semua boleh cakap. Saya berfikiran positif. Saya berkata-kata positif. Saya bertingkah laku positif. Tapi adakah pada setiap masa kita telah berjaya menjadikan diri kita positif? Bagi yang sudah, Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan. Sebab bukan mudah sebenarnya untuk kekal positif ni. SERINGKALI lepas kita dengar ceramah, sesi perkongsian ilmu.. wah. Bukan main semangat. Katanya esok bangun awal pagi, solat tahajud, Baca Alquran dan proceed Solat Subuh. Tapi balik jak dari sesi ilmu, atau habis jak webinar.. selalunya yang akan jadi.. bila alarm bunyi jam 4, bukannya bangun. Selalu kita cakap, 5 minit. Alarm bunyi lagi, 5 minit. Last-last bangun jam 6.30. Kalau bangun 6.30 tu terus Qadha Subuh, Alhamdulillah. Tapi yang kita jumpa terutama kalau hujung minggu, selalunya akan cakap, alang-alang sudah terlepas subuh, nantilah jam 10 baru Qadha, dan sambung tidur. Huhuhu.
 
dan sebenarnya itulah musuh yang paling dekat dan sentiasa berjaya mengalahkan kita. Nafsu kita. Atau Master Lyna sebut dalam sharingnya, The Small Little Voice @ Budak Kecik. Inilah yang selalunya mengajak kita untuk cakap benda yang tidak baik. Menghasut kita untuk takut pada diri sendiri, mendorong kita untuk berasa kita tidak cukup bagus, tidak layak, yang mempengaruhi kita untuk terus bertangguh. Benda ni, kalau kita turutkan kemahuan, kita akan binasa, Insyaallah. Tapi kalau kita kawal, didik menjadi baik.. Insyaallah akan membantu kita menjadi orang yang lebih berjaya.
 
Huhu.. banyak pula saya membebel. Ok. Ini part yang penting dalam sharing semalam. Mengekalkan Pemikiran Positif. Kekal berfikiran positif ini akan mengawal Budak Kecik dalam diri kita. Jadi untuk kita, yang sentiasa lalai dan alpa. Ambil kertas, salin 5 perkara dibawah ni dan tampal di tempat yang selalu kita nampak. Bila kita rasa kita sudah start berfikir negative.. cepat-cepat tengok balik catatan tu hihi.. oh ya, sebelum tu.. contoh yang saya bagi ni, contoh2 saya sendiri. dan huraiannya pun, ikut style saya sendiri. Master Lyna bagi contoh lain. Tapi Insyaallah, mudah-mudhan saya tidak mengubah maksud.
 
1. Sentiasa Bersangka Baik
Allah SWT menyebut dalam AlQuran, "Aku adalah apa yang kamu sangkakan". Penerangannya simple. Apa juga yang kita sangkakan.. betul-betul akan jadi.
 
Contoh, kalau anak kita tiba-tiba angkat mug. Mungkin ada diantara kita yang akan automatic akan cakap dengan anak "Jangan guna mug tu, nanti jatuh dan pecah". Dan selalunya belum sempat habis ayat kita, mug sudah jatuh dan pecah. kan? haha. itulah sangkaan kita sebenarnya. Cuba lain kali, tukar ayat kita dengan ayat yang lebih baik. Contohnya.. "Ayee, kan Ayee suka gelas yang warna merah. Itu lagi cantik". Ataupun, tukar keadaan yang tidak menjurus kepada sangkaan negative. Contohnya, tukar semua gelas dirumah kita kepada gelas yang tidak mudah pecah. Jadi kita selamat daripada sangkaan buruk mug itu akan pecah.
 
Begitu juga dalam hidup kita. Tukar sangkaan kita kepada sangkaan yang baik-baik sahaja. Tiada sales seharian, jangan merungut. Sebaliknya.. katakan pada diri.. Insyaallah esok akan double figure. Confirm!! Kalau esoknya tidak jadi, sangka lagi..Esok lebih baik. Percayalah. Allah tidak pernah berdusta. Dia sudah sebut ayat diatas dalam AlQuran.. Memang akan betul-betul jadi punya.. Mungkin bukan esok, bukan lusa.. tapi siapa tahu, minggu berikutnya Allah bagi 'berUV-UV'. Terus efektif. Hohoho. Berhenti ketawa.. tiada yang mustahil :-).
 
2. The Power Of Syukur
 
Setiap kali kita hendak berfikir negative, katalah kita belum mampu pakai tudung Fareeda Nyata Jelita, setiap kali itulah kita tukar focus kita kepada benda-benda yang kita sudah ada. Dan jangan lupa katakan Alhamdulillah. Contohnya lah kan.. Kita boleh katakan pada diri, "Alhamdulillah, saya Nampak lebih muda dan remaja bila memakai tudung bawal Aidijuma. Jimat lagi".
 
Getaran emosi kita akan berubah bila kita ubah focus kepada syukur. Kita akan bahagia dan selalunya kita akan senyum. Tapi.. bila kita sudah start mengira dan menyebut benda yang kita belum ada, kita akan cenderung kepada tekanan. Bila tekanan tu tidak dibuang segera dari minda kita.. akan menjadi racun dalam diri kita. Kita ke pejabat, Nampak kawan pakai tudung Fareeda, kita rasa seolah-oleh dia berlagak. padahal c kawan ni tiada niat pun berlagak. Bila kita sudah fikir dia berlagak, kita jadi benci, kita tidak mahu bertegur sapa dengan dia, dan macam-macam perkara negative akan menyusul. Kan racun tu.. bukan sahaja racun diri kita tapi siapa-siapa yang berdekatan dengan kita.
 
Jadi..masanya sudah tiba. Jangan focus kepada benda yang kita tiada.. focus syukur kepada benda yang kita ada. Bila kita sudah tidak mampu melihat benda-benda lain untuk disyukuri, tarik nafas.. lapangkan fikiran.. hembus, dan katakan pada diri.. Alhamdulillah. Saya masih bernafas, dan saya masih mempunyai masa untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik. Kan itu lebih baik.
 
3. The Power Of RCA
 
Siapa-siapa yang terlibat dengan MLM terutamanya SHAKLEE, mesti tau apa tu RCA kan?? Mungkin dalam MLM lain ada juga. Dan yang bukan MLM pun ada juga praktikkan benda ni. Tapi jujurnya, saya mula focus pada RCA semenjak join SHAKLEE.
 
Selalunya, RCA kita buat depan cermin. Kita sebutlah.. "Saya yakin, saya akan dapat melakukan jualan 100 botol Omega sepanjang November 2014". Ini Contoh. Tapi, mudah-mudahan contoh ini akan jadi kepada diri saya. Amin.
 
Tapi, tahukah kita semua.. RCA tidak semestinya kita buat depan cermin saja. Kalau tiada cermin pun, kita masih boleh buat dimana-mana. Contohnyalah, kita cakap depan suami kita. Kita cakap, Bulan ni, ayang akan efektif Senior Supervisor dengan jayanya.
 
Ataupun.. tengah-tengah kita bagi anak kita makan, kita ceritalah dengan anak. Anak kita senyum-senyum saja lah kan dengar. Tapi sebenarnya dia faham. Senyuman tu kira sokongan dialah tu, penguat semangat kita untuk berjaya. Atau.. kalau susah sangat, telefon upline kita, katakan pada dia.. Saya akan efektif Senior Supervisor bulan ni.Saya percaya, upline tidak akan marah punya. Dia bagi galakan lagi ada.
 
Konsep RCA ni sebenarnya lebih kurang jugalah dengan bersangka baik. Kita sebut, memang benar-benar akan jadi kenyataan. jadi.. mulai saat ini, tanamkan keyakinan, apa jua yang kita sebut, kita lafaz.. akan betul-betul jadi. Jadi sebut yang baik-baik, lafaz yang bagus sahaja.. semuanya akan jadi baik :-). Sebagai latihan.. balik rumah, bila jaga anak, anak buat salah, berusaha katakan ini.. "Alhamdulillah, anak mami semakin bijak dan kreatif". Walaupun sebenarnya hati sudah menangis sebab anak conteng dinding dengan permanent marker. Elakkan perkataan Jajal, Nakal, Terlompat-lompat macam Beruk. Tukarkan kepada bijak, kreatif, aktif, cergas.. Kata-kata itu kan doa. Bila kita berkata, sebenarnya kita sedang berdoa. Tentunya kita tidak mahu berdoa yang buruk-buruk kan :-).
 
 
4. The Power Of Switch
 
Ini teknik yang agak baru bagi saya. Sebelum saya huraikan lebih lanjut, buat sedikit Exercise.
 
Sila letakkan telefon, atau tinggalkan laptop. Dan berjalan ke Suis lampu yang berdekatan dengan kita. Buka Suis lampu.Dan Tutup Balik.
 
Sebenarnya ajaibkan.. suis tu kecil saja.. tapi memberi effect yang besar pada sekeliling. Kita tekan, lampu menyala, dan suasana akan terang. Tekan lagi, akan berubah jadi gelap.
 
Cuba aplikasikan atau wujudkan Suis dalam diri kita. Bezanya, suis kita akan segera menukarkan perkara negative kepada positif. Setiap kali kita marah contohnya, setiap kali kita tekan suis untuk menghentikan marah dan menukarkannya kepada simpati atau sayang.
 
Macam Master Lyna, dia akan automatic sebut Switch bila dia marah. So kita sendiri boleh pilih perkataan atau perlakuan sebagai suis kita. Ikutlah apa-apa keselesaan kita. Kalau pinjam word anak-anak saya pun boleh. Diorang kalau sedang main, tiba2 menjerit "BERTUKAR", diorang akan jadi ultraman. Tapi kita, kalau sedang marah, jerit bertukar, janganlah pula tambah ganas hahahaha.
 
Benda ni sebenarnya kena latih. Kita register dalam minda separa sedar kita bahawa, bila kita sebut Switch atau bertukar, maksudnya kita akan segera menukarkan perkara negative kepada positif.  Bila sudah dibuat berulang-ulang kali.. Ianya akan jadi lebih mudah :-)
 
 
 
5. The Power Of Master Checklist
 
Master Checklist.
 
Siapa yang belum tau apa itu Master Checklist, tanyakan balik upline masing-masing. Yang saya tengok, dalam Master Checklist ni sebenarnya ada panduan beberapa amalan wajib dan sunat yang kita boleh amalkan sebagai pengisian rohani. Agar hati kita sentiasa bergantung harap pada Allah SWT semata-mata. Amalannya pun, bukanlah amalan yang pelik-pelik.
- Solat Wajib diawal waktu
- Solat Tahajud
- Solat Dhuha
- Istighafar
- Selawat
- Zikir..
 
Kalau kita tidak terjerumus dalam MLM Shaklee pun sebenarnya kita buat hari-hari kan. Tapi, bagusnya ada senarai semak yang disediakan oleh leaders Shaklee ni, kita boleh cek apa yang kita sudah amalkan, apa yang belum. Kalau kita buat style zaman-zaman study dulu, print banyak-banyak dan buat ala-ala buku log, ok juga. Thick kalau sudah buat. Sekurang-kurangnya mengajar kita lebih berdisiplin.
 
Percaya atau tidak.. amalan-amalan rohani yang dinyatakan dalam checklist ni semuanya akan membantu kita untuk mengekalkan pemikiran dan tingkahlaku positif. Jaranggggg kita Nampak orang yang konsisten solat dan zikir mencarut-carut di facebook kan.
 
Jadi, jangan berlengah lagi, kalau belum start melakukan amalan-amalan pengisian rohani ni, mulakan sekarang. Bukannya semata-mata kerana SHAKLEE, tapi perlu ada kesedaran bahawa kita ni hamba. Sebagai hamba.. kita kena sentiasa menyebut-nyebut dan memuji-muji Allah yang menjadikan kita. Supaya hidup kita selamat dunia akhirat. 
 
Kalaupun tidak mampu buat semua.. buatlah sikit-sikit. Katalah dalam seminggu kita sudah mampu bangun solat tahajud sekali.. apakata, minggu berikutnya kita tambah kepada 2 kali pula. Atau kalau tidak mampu bersewalat 100kali, berselawatlah at least 7 kali pagi dan petang. minggu berikutnya tambah lagi.  
 
 
Ok.. huhu. Panjang pula entry kali ni kan. Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi tangan lenguh. Insyaallah, ada masa, dikesempatan lain, kita akan bercerita tentang topic ni lagi.
 
Tapi sebelum saya akhiri, jom sama-sama kita jadikan pemikiran, perkataan, dan perlakuan positif sebagai matlamat yang mesti dicapai dalam hidup kita. Kalau ikut tips yang Prof Dr Muhaya kongsikan,"cara berubah daripada negative kepada positif adalah.. tukar nada percakapan kepada nada yang lebih lembut".
 
Bayangkan, bila kita berubah kepada yang lebih positif, kita sambut kemarahan orang dengan senyuman, kita pandang orang yang benci dengan kasih sayang, pasti hati dia akan jadi lembut. Walaupun pada mulanya suara orang tu meninggi, bila kita balas dengan kelembutan dan merendah diri, PASTI nada suaranya akan bertukar kepada lebih lembut. Tidak percaya, cubalah.
 
Berfikirkan positif, kita sebarkan kasih sayang kepada semua makhluk ciptaan Allah, Insyaallah kita mampu mengubah dunia. Tiada jenayah akan berlaku bila semua sudah mengasihi. Tiada penipuan, tiada pemberontakan, tiada penghinaan bila semuanya saling menghormati.
 
Hentikan viral benda-benda negatif dan apa jua perkara provokasi di laman sosial. Jangan sokong sebarang kebencian. Kita mampu memulakannya dari diri kita.
 
Assalamualaikum :-)