kita pernah mengalami suatu yang meyakiti
suatu yang pahit
dan amat melukakan
jika kita merintih atas segala yang menyakiti
jika kita mennagisi kepahitan
jika kita meraung dan terjelepok dalam kelukaan
kita akan tumbang
sebaliknya apabila kita bertekad melawan kesakitan
bersedia menambah gula pada kepahitan
bersedia menampal dan merawat luka
kita pasti akan bangkit kembali
kita tidak tahu sejauh mana takdir menghukum kita
kita juga tidak mampu mengubah jalan cerita
tapi yang pasti setiap yang bermula pasti berakhir
yang pahit tidak mungkin akan pahit selamanya
yang sakit akan sembuh disuatu ketika
kerana itu berhenti mengeluh
berhenti membicarakan soal takdir
biarkan diri melakonkan apa jua watak yang diberikan oleh takdir
hayati setiap yang berlaku
dan bersyukurlah kerana disetiap babak takdir
masih banyak perkara yang menggembirakan
kita mampu makan ketika ada yang kelaparan
kita mampu lena ketika ada yang gelisah
kita mampu bernafas ketika ada yang menghembuskan nafasnya yang terakhir
fokus pada syukur, fokus pada gembira
masalah sakit, pahit dan terluka pasti akan berakhir
Ujye Rohimin
Kota Kinabalu, 18.8.2014
Kota Kinabalu, 18.8.2014