Showing posts with label tips jimat. Show all posts
Showing posts with label tips jimat. Show all posts

Wednesday 24 September 2014

Pay Day ~~ Belanja Biar Di Bawah Kemampuan

Assalamualaikum Bloggers... :-)

Pay Day utk mereka-mereka yang bekerja dengan Gomen.




Tahniah, hasil usaha anda sepanjang bulan dibayar hari ni. Dan bolehlah raikan diri sendiri :-)

TAPI..

ada tapinya.

Sebelum enjoy sakan dengan duit yang ada, sini saya perturunkan beberapa biji das untuk tembakan pagi ni. Simpan sebagai pegangan, kalau mahu hidup senang

1. Hidup dibawah kemampuan

Maksudnya? sebelum belanja itu ini, sila asingkan 10% daripada gaji ke dalam Peti Besi untuk simpanan dan tabung kecemasan. Baki 90% bolehlah digunakan..

Senaraikan KEPERLUAN. pastikan yang benar-benar perlu sahaja.. ini termasuklah bil letrik, bil air, bil astro dan segala mak bapak bil.

Jika ada lebihan, senaraikan pula KEMAHUAN. Dan pastikan, berpada-padalah apabila menyenaraikan kemahuan. Jangan sampai melebihi amaun 90% daripada gaji, jangan sampai AMBIL 10% yang disimpan dalam PETI BESI.

Bayangkan jika amaun 10% adalah RM200, dalam tempoh 5 tahun, berapakah simpanan yang kita ada jika kita Istiqamah menyimpan? sudah boleh buat deposit rumah kan :-)

2. Selesaikan Segala Hutang Piutang

Pastinya kita tidak dapat lari daripada hutang piutang. Rumah, kereta dan mungkin ada hutang2 lain yang perlu, termasuklah kad kredit.

Jangan bertangguh membayar hutang. Sekali kita 'Escape', sekali tu jugak bertambah faedah dan late payment charge.. dan maksudnya, bertambah lagi bebanan kita

3. Sedekah, dan zakat.

Perkara paling penting.

Jika anda seorang yang 'nazak' dari segi wang ringgit, bersedekahlah. dan berserahlah kepada Allah. Insyaallah sedekah yang ikhlas akan melipatgandakan harta kita. Tidak percaya?? cubalah.

Dan zakat. Jangan lupa setiap tahun, atau setiap kali gaji kita bertambah, kira berapa zakat yang kita kena bayar. bagi anda yang tinggal di sabah, boleh kira zakat secara online di laman web Lembaga Zakat Sabah. Zakat membersihkan harta.. menyuburkan jiwa.

4. Jangan Kedekut!!!

Yups, kita ada limit. Kita tidak boleh membazir, tapi janganlah sampai kedekut. Ada masanya kita perlu keluarkan sedikit daripada gaji kita untuk belanja anak anak dan keluarga makan di luar, ajak mereka shopping. Belilah barang mainan kegemaran anak-anak.. beri mereka kegembiraan.
Tidak mahal tidak apa, sebab anak-anak kita tidak melihat pada harga, bagi mereka, cukup sekadar ada.

Kegembiraan anak-anak akan membawa berkat ke dalam rezeki kita. Dan ingat.. paling penting, anak kita redha dijaga oleh orang lain semata-mata memberi laluan kepada ibu bapa keluar bekerja. Jadi wajarlah pada masa-masa tertentu, kita hargai pengorbanan mereka.

5. Kira purata perbelanjaan harian

Opsss! Sebelum sakan berbelanjeRRR, sila kira purata perbelanjaan sehari. Dan disiplinkan diri, Jangan melebihi daripada LIMIT yang sudah ditetapkan.  Kalau belanja sebenar kurang daripada 'Peruntukan' pada hari tu, bolehlah di bawa ke hadapan atau disimpan dalam tabung.


[ Need Extra Money?? Why not Join Us in SHAKLEE?? Sms/WhatsApp me 0128246245 for more details or, visit my blog http://skyjaza.blogspot.com to start your success journey in SHAKLEE ]