Saturday 15 June 2013

Doa Dari Hati


Bismillahhirrahmanirrahim.. dengan menyebut nama Allah yang Maha Berkuasa Ke Atas Alam Semesta, bahawa dengan susungguhnya luahan hati ini aku lakukan semata-mata kerana Allah, dan Dia jualah yang mengetahui apa yang tersirat dalam hati..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, dan tiada satu pun yang berlaku diluar ilmu Mu
Ya Allah, aku tertekan dengan kehidupanku, semuanya stress dan tidak mampu ku urus, aku bimbang dengan rezeki ku, kerana banyak yang aku perolehi dengan cara duduk di pejabat pada setiap waktu, dan ada diantara amanah yang tidak ku lakukan, dan sesungguhnya terlalu banyak peralatan dan masa pejabat yang aku lakukan untuk kepentingan diriku sendiri,
Kerana itu Ya Allah, Aku mohon dan meminta kepadaMu, dengan segenap permohonan dan seikhlas hatiku, tunjukkanlah aku pekerjaan dan mata pencarian yang boleh membantu ekonomi rumahtanggaku, yang bersesuaian dengan bakatku, yang menghindarkan aku daripada melakukan perkara-perkara dosa termasuklah lalai, pecah amanah dan mendapat rezeki yang haram dan tiada berkat. Kurniakanlah aku rezeki yang tiada putusnya, dengan limpahan yang penuh barakah, agar aku dapat membesarkan mental fizikal emosional dan spiritual anak-anakku dengan rezeki yang halal,
Ya Allah.. aku memohon punca pendapatan yang memberikan aku masa mendidik dan menjaga anak-anakku tanpa tekanan dan penderaan emosi, aku merayu punca pendapatan yang membolehkan aku berbakti dan membantu golongan orang-orang yang tidak berkemampuan, tunjukkanlah aku punca pendapatan yang mendekatkan aku kepadaMu, dan memberi aku masa untuk belajar dan menimba ilmu agama, serta menjauhkan aku daripada stress melampau yang menjejaskan hubunganku dengan anak-anakku, suami ku dan masyarakat di sekelilingku.
Ya Allah ya Tuhanku, kepadaMu aku mengharap, bantulah aku dan ahli keluarga ku terutamanya suamiku untuk keluar dari lingkungan dosa-dosa riba, bantu kami melunaskan hutang piutang, dan permudahkanlah ianya kepada kami.
Ya Allah.. tiada Tuhan melainkan Engkau, yang memegang ubun-ubun setiap hambaMu di muka bumi ini, kepada Mu aku mengharap, kepadaMu aku mohon pertolongan. Berikan aku jiwa dan minat yang mendalam serta usaha yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan apa jua pekerjaan dan usaha yang Engkau takdirkan buatku, permudahkanlah ianya bagiku dan limpahkan keredhaan Mu kepadaku  dan ahli keluargaku di dalamnya.. hilangkan lah dukacita dan stress dalam setiap perkara yang telah engkau tentukan buatku, dan jauhkan lah aku dari sifat orang-orang yang kikir, malas, zalim, ujub, riak dan melampaui batas erta sifat-sifat mazmumah yang lain.
Amin ya Rabbil Alamin

No comments:

Post a Comment