Thursday 20 November 2014

Keistimewaan dan Kelebihan Selawat



Syeikh al-Faasi dalam kitab Syarah al-Dalaail al-Khairaat, telah menukilkan pandangan Ibnu Farhun al-Qhurtubi mengenai keistimewaan dan kelebihan berselawat kepada Nabi SAW. Ibnu Farhun al-Qurthubi dalam kitabnya berkata :

"Ketahui olehmu sesunggunnya terkandung di dalam selawat kepada Nabi SAW itu sepuluh keistimewaan iaitu :-

1. Allah SWT akan berselawat kepadanya;

2. Mendapat syafaat daripada Nabi SAW di akhirat kelak;

3. Teladani amalan para malaikat yang terpilih lagi mulia;

4. Tidak mengikut amalan golongan munafik dan kafir kerana mereka tidak berselawat;

5. Menghapuskan segala dosa dan kesalahan;

6. Membantu dimakbulkan segala hajat dan permintaan;

7. Menyucikan dan membersihkan angota-anggota;

8. Terselamat daripada dihumbankan ke dalam neraka;

9. Membantu memasuki syurga;

Diberi keselamatan dan kesejahteraan oleh Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun

"

Dipetik daripada buku : Dairi Hidupku Dunia & Akhirat.
Terima kasih kepada yang menghadiahkan buku ini kepada saya, semoga semakin luas ilmunya, semakin banyak pahalanya, semakin murah rezekinya dari sumber yang tidak disangka-sangka dengan penuh barakah, serta diberi kesihatan yang baik atas dirinya dan seluruh keluarganya. Amin

No comments:

Post a Comment