Thursday 6 November 2014

Melayan Sikap Manusia Berhutang : Tagih Salah, Tak Tagih Sakit!!

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah sebab walaupun malu untuk menjual/berniaga, akhirnya saya keluar juga dari kepompong malu sejak tahun 2011. Mula menjual coklat, menjual kain, menjual emas, tudung dan kini menjual produk kesihatan SHAKLEE.

Dan sejak dari tu, saya mengenali pelbagai manusia, dan serba sedikit mengenali sikap mereka. ada juga kawan sepejabat sendiri yang saya kenal dengan lebih rapat lepas berniaga online.

Apa yang bestnya, ada diantara kawan yang selama ini nampak sombong, jadi rapat. Ada yang nampak baik.. rupanya dalam diam menyimpan perangai yang tidak berapa elok.

Hari ni, saya saja meluahkan perasaan tentang hutang. Sejak mula menjual secara online, sampailah sekarang.. ada satu dua orang yang cenderung untuk berhutang. Dan kami (online /direct seller) kadang-kadang bukannya mahu memberi hutang. Tapi ter'psiko' dengan sikap pelanggan. Katanya tempah barang. Bila barang sudah diberikan, selalunya buyer akan cakap, tunggu gaji. Bila sudah macam tu, kadang-kadang maunya batalkan saja urusan jual beli. Tapi rugi pula sebab kadang barang yang dibuat/sediakan khusus untuk orang yang menempah sahaja. 

Jujurnya bila keadaan begitu, saya hampir cakap, "saya mahu duit sekarang, sebab barang sudah diberi". Tapi hampir setiap masa kata-kata tu hanya tersangkut dikerongkong saya huhuhu. Tidak sanggup untuk meluahkan kerana takut melukakan hati orang lain.

Hakikat yang orang/pelanggan online pertimbangkan adalah, kami ni, online seller punya modal yang kecil sahaja. Dan kadang-kadang kos kami akan meningkat kerana kami perlu membuat penghantaran, atau memproses makanan/tempahan dalam kuantiti yang sedikit (kos lebih mahal) untuk kepuasan pelanggan. Dan bila pembayaran tertangguh, atau dibayar berkali-kali (tanpa faedah dan harganya pun sama dengan harga jual tunai), seolah-olah tidak terasa langsung duit berniaga tu. Sebab, bila kami membeli stok, kami akan beli dengan wang tunai.

Sebenarnya bila kami (peniaga online) menjual, kami pun perlu segera wang kami agar kami dapat jadikan modal pusingan dan untungnya digunakan untuk membesarkan lagi perniagaan kami. Malangnya.. ada pembeli yang tidak faham. Dan memang kelemahan beberapa penjual termasuklah saya kerana hati selalu lembut untuk bagi diskaun, tidak tegas dengan pelanggan dan terlalu menjaga hati orang.

Saya kadang-kadang mahu bertegas. Tapi secara prinsip, saya tidak mahu melukakan hati pelanggan. Bukan sahaja saya tidak mahu kehilangan pembeli.. tapi lebih kepada menjaga silaturrahim. Namun, bila sudah banyak kali 'buat tidak tau' terhadap hutang, silaturrahim entah ke mana, kadang-kadang meluat akan timbul.

Kepada buyer. Saya bukannya menghukum. Saya bukannya mengajar. Tapi kita boleh letak diri kita dalam situasi penjual agar kita tidak sesuka-suka hati menangguh pembayaran. Zalim sebenarnya buat macam tu. Pentingkan diri sendiri. Selalu sangat saya dengar alasan, saya perlu duit. Hahaha, macamlah penjual tidak perlu duit. Kami pun perlu makan. Ada anak. Minyak kereta bukannya air. 

Nanti kalau saya kata jangan beli kalau tiada bajet, orang akan cop kekwat, berlagak, mulut laser dan sebagainya.

Tidak maulah macam tu. 

Lagipun, fikir sendirilah. Kalau masuk mana-mana kedai, saya rasa tidak semudah itu kamu berhutang kan. Cubalah masuk Giant, ambil barang dan katakan pada cashier.. bayar ansuran. Boleh lepas kah tidak. So dari sana sepatutnya faham bahawa barang-barang kecil ni (kain, suplemen dsb) kena bayar tunai. Tidak perlu bertangguh. Lainlah kalau beli mesin basuh. Ada logik sikit untuk bayar ansuran.

Untuk kebaikan diri sendiri, supaya tidak masuk dalam kategori zalim, cubalah ubah sikap. Jangan membeli bila terpaksa berhutang. Sebab bukan sahaja menjejaskan peribadi kita, tapi juga akan memberi kesan kepada orang lain.


No comments:

Post a Comment