Sykur Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menulis :-).
Pagi minggu, duduk dengan anak-anak dirumah. Sambil pantau aktiviti diorang, sambil menulis rancangan pengajaran setahun. Haha, jangan confuse. Saya bukan cikgu sekolah. Saya hanyalah suri rumah yang sentiasa ingin melakukan yang cemerlang terhadap anak-anak saya. Saya.. seperti biasanya, tidak akan memilih untuk menghantar anak-anak ke pusat Tuisyen. Saya tidak mahu anak-anak penat dengan jadual, dan saya sendiri tidak larat menghantar dan mengambil mereka.
Sebagai gantinya, saya akan study buku-buku sekolah anak-anak saya, seterusnya menyediakan soalan dan bahan ulangkaji diorang. Tidak lah susah mana. Baca, tulis nota, dan buat ala-ala pelajar cemerlang hihi. Bila saya sudah bersedia, saya akan ajar anak-anak saya.
Oh ya, semalam jumpa artikel, Petua Pelajar Cemerlang katanya. Bagus juga kan saya share petua-petua tu sini, mungkin ada manfaatnya kepada adik-adik kita. Juga kepada ibu-ibu prihatin seperti saya.
Ini dia listnya.. PETUA PELAJAR CEMERLANG :
1. Taat kepada Allah;
2. Meningkatkan keupayaan minda;
3. Menggunakan kedua-dua belah otak ketika belajar;
4. menggunakan kedua-dua belah anggota ketika belajar;
5. Menggunakan sumber alam sekitar ketika belajarp;
6. Merangsang deria ketika belajar;
7. Selang-selikan rehat ketika belajar;
8. Meningkatkan kemahiran belajar;
9. Mengulangkaji dengan berkesan;
10. Belajar dalam persekitaran kondusif;
11. Menguasai strategi & teknik peperiksaan;
12. Memiliki imej diri yang positif;
13. Sentiasa awal dan mendahului orang lain;
14. Meningkatkan kekuatan rohani;
15. Berdoa setelah gigih berusaha;
16. Amalkan kaedah pemakanan baik dan seimbang;
(Sila baca artikel Meningkatkan Fungsi Memori dan Fokus Dengan Pemakanan)
17. Sentiasa amalkan riadah;
18. Menjaga waktu dan mutu tidur;
19. Hormati kedua-dua ibu bapa;
20. Menghormati dan menyayangi guru;
21. Bijak memilih kawan.
**** Abis ****
Adik-adik, kalau jumpa petua ni, salin dan tampal di bilik tidur atau muka depan buku masing-masing. Baca selalu.. dan cuba amalkan :-), semoga adik-adik semua menjadi pelajar cemerlang, Amin :-)
No comments:
Post a Comment